Selesai Satu Beban.

Ogos 14, 2015

Assalammualaikum.

Salam Jumaat kepada semua umat islam. Cik abang tu baru balik solat jumaat ke? hmmm alhamdulillah sejuk mata memandang. Tergetar juga jiwa ini. Poyo~~~~~ Bergetar lah sangat. Perut aku ni daripada tadi berdondang sayang. Nak makan sedap sedap tapi itulah malas. Teruknya aku ni. Kejap lagi, aku nak goreng telur dan makan bersama nasi yang berulamkan kicap. Sedapppp. Inilah makanan kegemaran aku. Janji kenyang perut. Dasar pemalas!


Alhamdulillah, satu masalah sudah selesai. Rasa beban tu hilanglah sedikit walaupun tak banyak tapi boleh rasa lega lagi. Tengok gambar dekat atas tu, itu sebenarnya surat "REPLY FORM". Tak lama lagi aku dah mula sesi latihan industri selama 3 bulan. Ingatkan 6 bulan tapi 3 bulan sahaja. Lecturer kata, 3 bulan tak cukup untuk belajar civil dalam bentuk praktikal. Nak lagi umphhh cuba 6 bulan praktikal tu. Bagi aku cukuplah dengan 3 bulan, hihihihi. Aku tak nak lama lama. Aku nak cari pekerjaan tetap selepas praktikal. Apa yang aku harap aku dapat diserap terus kat tempat praktikal aku tu. Senang dah, tak payah susah susah cari kerja yang baru.

JM Jurutera Perunding Sdn Bhd itulah tempat praktikal aku yang terletak nun jauh daripada rumah aku di Setiawangsa. Rumah dekat Setiawangsa, tempat praktikal dekat USJ 16, Subang. Tak nak jauh pulak? Ini kalau ulang alik naik motor, mereputlah. Penat satu hal, duit minyak satu hal. Pening!

Kalau korang tahu bilik sewa area Pangsapuri Sri Tanjung, emailkan maklumat kepada aku tau. Nasib baiklah akak kat tempat praktikal tu ada offer bilik. Itu pun belum tentu dapat lagi. Arghhh pening lagi. Mana nak cari bilik area tu. Tadi pun pergi, Along yang bawakkan. Nasib baik dia tahu company ni. Kalau tak, dah tersesat dah.

Harap harap, akak tu tolong aku cari bilik sewa. Doakan akak tu ye. Biar dia dapat cari bilik untuk aku. heheheheh. Okaylah bye.

p/s: Om nak buat 2 in 1 contest lah, agak agak ada yang nak join tak?

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!