Dia. Kawan Kau ?

by - Ogos 21, 2015

Assalammualaikum.


Dia. Kawan kau?

Bila orang tanya pertanyaan tersebut, apa yang kau jawab? Kau nak jawab ya? Padahal, hari hari makan hati. Mungkin sepanjang tempoh berkawan itu, kau tak sedar mulut kau terkeluar kata kata yang tersinggung. Kau tak sedar dia juga makan hati. Lumrah manusia, mana ada yang sempurna. Sedangkan orang bercinta pun ada pasang surutnya inikan aku dan kau yang tengah berkawan.

Aku banggalah kalau aku ada kawan yang sama sama susah senang. Siapa tak bangga? Ini tidak, kawan susah sikit, ha mula lari lintang pukang. Maksud aku, tak nak bantu sama selesaikan masalah kawan dia tu. Kata kawan rapat? Ini tengah susah, semuanya lari. Yang rapat terus tak rapat. Yang tak rapat makinlah tak rapat. Kawan jenis apa ni?

Itu baru susah, lagi perit. Okay, kau dahlah tengah susah. Dia, kawan kau tu, tolong kau. Kau sangka dia ikhlas. Kau tengah susah waktu tu, kawan kau pulak tolong kau, gembiralah kan. Bila kau susah mesti dia ada. Kau tak ada duit, dia tolong kau. Kau tak datang kelas, dia tolong kau ajar subjek yang kau tak datang tu. Kau tak makan, dia belanja kau makan. Orang kata, bagusnya dapat kawan macam ni. Kalau aku? Gila tak nak ada yang kawan macam tu. Siapa tak nak ada kawan yang macam tu, memang bodoh! Bahagia hanya seketika. Fahamkan maksud aku? Kau sangka kawan kau yang selama ni tolong kau, ikhlas tolong kau. Ikhlas kerana Allah taala, itu kau sangka. Tapi tapi dan tapi. Kawan kau yang tolong kau tu, rupanya nak kau balas balik budi budi dia yang dia tolong kau tu. Faham maksud aku? Nak nak, keadaan tak berpihak pada kau. Kau pulak betul betul susah, dia tu kawan kau lagi lagi susah. Kau rasa, apa yang perlu kau buat? Kau nak tengok je ke? Takkan kau nak tengok  tanpa buat buat sesuatu. Mestilah kau cakap dekat dia, "Aku pun tengah susah wei." Kalau dia faham keadaan kau, ya  dia kawan  yang baik. Tapi kalau dia tak faham keadaan kau, esok lusa tengok muka kau pun dia tak nak. Ni lalu sebelah, jalan dabik dada, jeling mata lagi. Kau whatsapp dia tanya Khabar semua, tak balas juga. Kau rasa? Perit wei perit. Lama lama kau sedar, kawan yang tolong kau, makin hari makin buat "taik" dengan kau. Kau je yang mesra dengan dia. Dia? Anggap kau ada takda. Kalau ada adalah. Kalau tak ada pun tak ape.

Bagi aku, aku dah lalui pengalaman ni dengan seseorang. Dia rasa aku pun rasa. Indah atau sebaliknya, aku dengan dia je yang tahu. Aku sayanglah hubungan tu, hilang macam tu je. Tapi aku nak buat apa? Effort aku dah tunjuk, tapi tak ada respons. Baik aku pergi. Tak ada lah hari hari makan hati.

Apa yang aku nak katakan, belum tentu kawan yang tolong kau waktu susah, akan kekal disisi kau. "Baik baik makan keladi, keladi itu ada miangnya, baik baik makan budi, budi itu ada hutangnya." Sebelum kau rasa, apa yang aku rasa. Baik kau hati hati. Takut nanti termakan kau. Kau yang sakit, dia okay je. Kalau niat dia tu betul, In shaa Allah dia kekal di sisi kau sebab apa? Yang benar tak pergi dari sisi kau. Percayalah.


You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!