Boat Noodle at Times Square.

Ogos 31, 2015


Assalammualaikum.

Hai semua. Selamat hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Disebabkan hari ini cuti merdeka, jadi aku pun bercadang pergi ke Times Square. Mulanya niat untuk membeli belah dan melepaskan rindu dekat tempat lepak ni. Biasalah tahun lepas, memang selalu datang TS. Setiap minggu datang. Tahun ni agak kurang sikit lepak lepak kat TS. Akhirnya, terbantut sikit niat tu. Hihhihihi.

Kawan kata Boat Noodle dah ada cawangan baru dekat TS. Apa lagi terus call kawan, tanya dekat mana Boat Noodle tu. Lah rupanya dekat depan escalator, agak tersorok sikit lokasinya. Kalau korang nak datang tu, pandai pandailah cari dekat level 2. Susahlah nak bagi petunjuk. 



Biasalahkan, dah makanan sedap dan murah. Mesti ramai pelanggan. Tengoklah tu. Ingat datang terus masuk. Ini tak. Korang kena tulis nama dulu. Kena beratur, jangan berangan tak beratur. Ramai jugaklah tadi. Kebetulan terjumpa Adel Asha. Aku pun tak pasti siapa Adel Asha ni. Korang boleh tengok dekat instagram. Nak kata artis, bukan. Entahlah. Aku tak pasti. 

Menu dekat Boat Noodle ni boleh tahan murah jugaklah. Setengah orang bila tak biasa dengan suasana KL mesti kata mahal. Macam aku, dah terbiasa. Dah tak kesah. Standardlah dengan GSTnya lagi. Dh nafsu nak makan, nak halang pun tak boleh. Kalau korang nak jimat, jangan makan dekat sini.Pergilah makan dekat Mcd atau Kfc. Hihihihihiiii.




Taraaa... 8 mangkuk untuk aku seorang. Rasa macam tak cukup lagi tu tapi kesian tengok ramai pelanggan yang beratur semata mata nak makan Boat Noodles. Sedap memang sangat sangat sangat sedap. Siapa yang pernah pergi tu, mestilah tahu. Hihhihi. 

In shaa Allah, nanti nak dating dekat sini. Hihihihihihiii


Knock knock,
Om Kedek Kedek~~~

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Wah bertingkat mangkuk mesti sedap tu om...alhamdulillah..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!