Operasi Sudah Bermula. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Operasi Sudah Bermula.

27 Julai 2015

Operasi Sudah Bermula.

Assalammualaikum dan selamat malam.

Sebenarnya, aku ni memang kehausan idea. Termenung depan laptop, memikirkan idea. Kejap toleh kiri, kejap toleh kanan, kejap pandang atas. Bak kata mak, gelisah macam biawak. Hihihihihii. Ehh idea dah datanglah, Yahoooo.. 

Cuti raya dah tamat dah. Esok bermula operasi memerah otak dengan buku buku engineering. Disebabkan lemak lemak makanan raya hari tu, peratus untuk mengingat kembali hafalan dan assignment terbengkalai adalah zero peratus. Aku pun tak tahu apa yang dah jadi pada aku. 

Konon, nak siapkan assignment hari ni. Punyalah bangun tidur, terus terjah depan laptop. Dengan tak gosok gigi, tak mandinya terus buat keje. Teruk aku ni. Sejam kemudian, punyalah letih buat keje. Baringlah kejap, belek belek whatsapp. Akhirnya, aku tertidur jua. Haishhh, malang.


Nota yang aku tampal makin lama makin penuh. Itu yang tanda pangkah tu, acah acah siap. Padahal, lagi 60% untuk siap keje keje tersebut. Kenapalah dengan aku ni. Penyakit M memang dah sebati dalam diri. Ni kalau pergi klinik, tanya doktor tentang penyakit M aku ni, confirm kena halau. MashaAllah. 

Okaylah, aku berazam nak siapkan assignment malam ni. (hmmm sangat) Lusa dah nak hantar, doakan untuk aku ni tau. 

p/s: macam nak buat giveaway jerrr ><

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com