Iftarasa di Daring Restoran.

Julai 05, 2015

Assalammualaikum.

Disebabkan hari ini hari sabtu, hari tanpa plastik. Ehh, tapi ada je yang guna. Siap cas 20 sen lagi. Kalau tambah plastik, tambah lagi duit. Nasiblah tak kena gst. Hihihihii. Penat juga hari ni, balik daripada Keramat, terus pergi cari acuan untuk buat biskut. Along kata, naik moto jer , senang tak jammed. Sedangkan naik kereta pon boleh reput, angkara jammed. Tak tahulah, kenapa KL ni selalu jammed. Nak kata lori hantu lalu, tak pulak. Nak kata kemalangan, lagilah tak. Kurang sikit kemalangan ni, biasanya highway. Itu anggapan Om lah. Om ni pun hanya pengguna setia LRT. Dah hafal dah setiap stesen.

Om hari ni berbuka dengan mak mertua Along Om. Entahlah, tak pernah pernah, tiba tiba hari ni mak mertua Along nak makan sekali dengan kami semua. Tak apa, janji perut Om kenyang sudahlah. Om makan dekat restoran yang biasa kitorang lepak. Akak ipar memang minat makan kat sini, sejak datang dari Kelantan lagi. Kiranya pelanggan tetaplah.


Menu hari ni, hmmm banyak juga. Sup tulang lembu, kerabu mangga, sayur kailan ikan masin, ayam masak kunyit, telur bistik dan satu jug teh o ais. Nampak banyak kan? Empat orang makan baru habis 60 ringgit. Not too badd. Masakan  sedap memang sesuailah dengan harga. Tak gitu? Lagipun tukang masaknya memang dari Kelantan, sedap dan sedap. Korang kalau nak datang singgah dan lepak makan kat kedai ni, boleh datang ke setiawangsa. Kedai makan ni depan dengan perumahan polis. Sesat jalan pergilah tanya ye.


Tengok tu, ramai orangkan? Ha memanglah ramai, kan waktu berbuka. Apalah awak ni. Hihihihii. Jemput jemputlah datang ke kedai makan ni. Rugi tak singgah. Makanan sedap murah pulak tu. Kalau ada yang kata mahal, meh Om ketuk kepala tu. Standard KL kan, memanglah begini. Tengok juga pada makanan. Ala kalau makan kat Nando's tu, 4 orang belum tentu harga 60 ringgit. Jadi jangan pertikaikan okay.


Alhamdulillah, kenyang. Selamat berbuka puasa, hahahahahaa.

p/s : Masjid Jamek mu tunggu aku datang....... 

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!