Homemade Ikan Bakar.

by - Julai 27, 2015

Assalammualaikum.

Selamat Hari Raya kepada yang masih beraya. Tahun ni, aku tak pergi pun mana mana rumah terbuka. Biasalah, tak ada yang jemput. Macam mana nak pegi, hihhhihihhi.

Menu makan malam hari ni ialah ikan cencaru bakar. Buat sendiri kat rumah. Hari ahad lepas, Along beli ikan cencaru dekat Kempas, Johor. Jadi malam ni kitorang meratah cukup cukup. Sambal ikan bakar tu, mak buat sendiri. Kitorang ni adik beradik memang suka mengangkut barang barang rumah mak bawa naik KL. Tahun lepas, mengangkut tupperware banyak banyak. Bukan  tupperware kosong tau, penuh dengan ikan masinlah, ikan pekasamlah, karipap segaralah. Macam macam. Sampai abah cop muka kitorang ni, kaki angkut. Ish ish ish...


Taraaa, ikan bakar aku ni bukannya bakar guna arang atau kayu api. Aku lebih suka bakar guna pemanggang ajaib ni. Ajaiblah sangat. Pemanggang ni bagus sebenarnya, pelbagai guna. Macam macam boleh buat. Kukus boleh, panggang boleh, bakar boleh. Ikut kreativiti. Tapi kelemahan pemanggang ni, jangan cuci guna berus kawat! Setakat lap dengan span yang ada sabun pun dah cukup. Cukup untuk hilangkan bau sahaja.


Dah siap pun ikan bakar OmbakBergigi. Walaupun agak pedas, ku tetap harungi biarpun terlalu banyak berulamkan air. Sadis. Hihihihi. Jadi menu makan malam korang apa dia? Tak nak kongsi resepi ke?

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!