Separuh Malaysia Separuh Indonesia.

Jun 11, 2015

Assalammualaikum dan selamat malam.

Minggu malas jatuh pada minggu ini, minggu kedua dalam bulan jun. Tak tahulah kenapa Om makin hari makin malas. Malas nak pergi kolej, malas nak update blog dan malas nak mandi (gila tak mandi, bau busuk kot) . Hahahahaa. Simptom apakah ini. Alhamdullilah, malam ni semangat nak menaip dan tajuk entri pun agak menarik untuk korang baca. Teruskan membaca okay.


Sebenarnya jiwa Om ni separuh Malaysia dan separuh Indonesia. Sebab apa separuh-separuh? Tengoklah muka kat atas tu, mirip mirip macam perempuan Indonesia. Ini belum lagi Om pakai tudung yang macam orang Indon pakai tu, confirm 100% macam orang Indon. Abah Om orang Indonesia, Mak orang jati Johor. Kampung Abah pun tak jauh daripada Johor, cuma ambil masa 2jam untuk sampai di sana. Kalau korang pernah pergi Batam, Kepulauan Riau, ha itulah kampung Om. Alhamdullilah, keluarga besar masih ramai lagi di sana. Itu pun masih ada lagi yang belum Om kunjungi. Ramai sangat adik beradik Abah, sepupu Om jangan cakaplah, memang ramai. Kecik kecik pun ada lagi tau. Nenek pun ada lagi, itulah satunya nenek Om yang ada, itu pun jumpa 5 6 tahun sekali.


Tengok, itu baru sikit. Baru 3 adik abah berkumpul. Kalau pakat ramai ramai datang, memang tak muatlah rumah. Entah bila nak sambut Edul Fitri dengan keluarga besar kat sana, ni pun gambar tahun 2011, lama sudah. Memang berbeza bila beraya dekat kampung abah. Meriahnya lain macam tak sama. Harap tahun depan dapat raya kat sana. Hopefully.

Bila jiwa dah separuh Indonesia, ha mulalah berangan nak kahwin dengan orang sana. Hahahaha. Tapi nak yang hensem, bekerjaya, ada ke? Macam macamlah Om ni. Kalau dapat apa salahnya. Om pun dah berjiwa Indonesia, tak salah rasanya. Mak memang tak nak, cukup pantang kalau Om gurau nak kawin dengan orang sana. Mak marah sampai tak nak tegur. Hahahahaa. Tak tahulah mak Om tu. Dah jodoh, elak macam mana pun tetap bersama. Mak kata selagi boleh elak, elakkan. Banyak keburukan daripada kelebihan nanti. By the way mak, I'm fall in love with Terengganu people, cukup masa, ekonomi stabil baru tunjuk dekat mak. Hihihihii.

Om memang cukup pantang kalau orang, rendah rendahkan orang Indonesia depan Om. Om memang marah. Boleh tahap memaki. Ada yang pernah kena maki sebab sesukahati kutuk. Benci betul. Pernah kawan Om perli, "alah belum tentu anak orang Indon boleh berjaya, tengoklah kat negara dia belajar pun susah, miskin, nak makan pun kena mengemis!" Bila kawan Om kata macam tu, tak lengah Om terus balas direct on the spot. Kaw kaw and until now tak bertegur sapa. 

Hidup ni kita kena usaha, jangan sesukahati nak hembur. Nak kata pun pandang pandang. Jangan sampai sakitkan hati orang. Alhamdullilah, Om dah buktikan kat kawan Om tu, Anak Orang Indonesia pun boleh berjayaa !

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!