Happy Birthday to Me.

Jun 03, 2015

Assalammualaikum. Hai semua.


3 Jun 2015, hari ini genaplah umur Om 20 tahun. Dah masuk zaman 20an. Mak kata zaman yang bukan boleh dibuat main main. Keputusan pun kenalah mengikuti pada diri sendiri. Jangan terlalu bergantung pada orang lain. Mula berdikari iaitu berdiri di kaki sendiri. Umur sudah 20 takkan masih bergantung pada mak abah? Come on, lets start change your life.

Birthday? Apa yang menarik? Om tak pernah rasa pengalaman "suprise". Om tak pernah alami apa itu sambut hari lahir. Maksudnya di sini, makan makan kat luar, dapat kek hari lahir dan mungkin dapat hadiah. Om tak pernah rasa semua itu. Mak abah pun tak ajar sangat sambut hari lahir, mak kata cukup dengan berdoa dan bagi "Al-Fatihah" buat diri sendiri. Itu dah cukup meriah.

Alhamdulillah, tahun ini agak berbeza sedikit. Along dan kakak ipar belikan kek hari lahir. Kek biasa jer, tiada pun lagu hari lahir. Hihihi. Kelakar pula. Umur 20 baru dapat tiup lilin. Apa pun tak boleh. Terima kasih walaupun tak seberapa, Om bersyukur dengan apa yang ada.





Happy Birthday to Me,
Shen Ri Quai Le,
Allah Selamatkan Kamu,
Selamat Ulang Tahun Kelahiran.
#OmbakBergigiTurns20


You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!