Finish It !

Jun 01, 2015

Assalammualaikum.

Punyalah semangat main coding coding, kejap kejap tukar template, hahahaa. Nak blog nampak cantik punya pasal lah ni. Terakhir aku post entry jumaat lepas mungkin, kalau tak silap. Semalam dengan cirit biritnya dengan demamnya, dua hari mereput dalam bilik. Nak angkat kepala pun tak boleh dan lagi sadisnya, aku tak dapat ikut pergi Genting Highlands. Sadis bukan?


Disebabkan kepala ni agak pening pening lalat, aku cadangkan untuk tidak hadir kelas estimating costing. Memang tak datang pun. Lagi pun, satu kelas empat orang jer, lima orang termasuk pensyarah. Sikit bukan? Sehingga sekarang ini, aku rasa macam pening pening lalat lagi, rasa mahu tidur, tapi apakan daya, aku hanyalah insan yang lemah. Sakit ke tak sakit ke, assignment kena siapkan. Itu adalah tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Kalau tak nak rasa tanggungjawab itu ada, baik tak yah ambil diploma. Bohong kalau hidup ini tidak ada tanggungjawab. Sangat bohong. Awal awal lagi, aku dah tampalkan assignment apa yang kena buat, yang kena hantar. Senang kerja. Lagi teruknya, siap tampal, bila cuti raya, bila praktikal. Hahahhaha. 

Apa apa hal pun, as a student, we should finish our work quickly, as soon as possible. Tak gitu?

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!