9 Kebaikan Bersedekah.

Jun 12, 2015

Assalammualaikum.


Apa itu Sedekah?

Sedekah ialah pemberian yang diberikan oleh seorang Muslim kepada sesiapa sahaja secara sukarela tanpa dibatasi oleh jumlah yang tertentu. Apa yang paling penting, ikhlas. Sedekah tak semestinya bila kita kaya. Sedekahkan Al-Fatihah kepada orang tua kita pon dah dikira sedekah. Paling mudah, senyum. Senyum itu sedekah. Tak perlu keluarkan modal, cuma bagi senyuman pada orang, itu pun dah cukup manis. Apa yang kita lakukan dah tentu ada kebaikan begitu juga dengan sedekah.

1) Kita akan dapat memadamkan kemurkaan Allah swt.

2) Orang yang bersedekah pada setiap hari akan didoakan balasan yang baik oleh malaikat.

3) Sedekah dapat membersihkan harta dan mengikis kekotoran yang menghinggapi harta.

4) Orang yang bersedekah akan masuk syurga melalui pintu khusus iaitu Pintu Sedekah.

5) Sifat sombong, takbur dan bangga diri dapat dihapuskan.

6) Sedekah dapat menghapuskan dosa.

7) Harta orang yang bersedekah akan diberkati oleh Allah.

8) Jika rajin bersedekah, kita akan dapat melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

9) Allah swt akan melipat-gandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

Banyaknya kebaikan bersedekah. Renung-renungkan dan selamat beramal.



You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!