Trend Bawa Sweetheart a.k.a Kekasih Tidur Rumah.

Mei 18, 2015

Assalammualaikum dan hai semua.


Tajuk entri yang menarik untuk korang baca hari ni. Rugi tak baca tau. Om nak kongsi apa yang Om tahu daripada pembacaan Om. Di zaman moden kini, ramai yang menjadikan trend membawa perempuan tidur di rumah (lelaki), walaupun keluarga (lelaki) semua ada di rumah. Ada yang kata elok, ada yang kata tak manis.

Apa yang Om tahu, trend ni bukan baru lagi. Sebenarnya, trend ni adalah kurang sihat. Yelah, walaupun kelihatan sopan, sebab membawa pasangan untuk dikenalkan kepada ibu bapa. Memang tak salah, tapi itu bukan platform untuk tidur di situ. Sebab apa? Sebab perempuan tu kan masih di bawah tanggungjawab ibu bapa dia. If anything happen, siapa yang susah?

Kan lebih elok kalau lelaki atau perempuan itu membawa ibu bapanya untuk dikenalkan dengan bakal besan. Itu lebih selamat. Kalau dah akad nikah tu, terserahlah nak bermalam berapa malam di rumah mak mertua. Pilihan di tangan anda, sebab hubungan kekeluargaan dah sah. Ini tidak, belum ada hubungan yang sah, dah beria-ia nak tidur rumah pasangan. Kononnya nak kenal keluarga pasangan dengan lebih rapat. Tapi lepas akad nikah, tak bersungguh pula.

Bagi Om, boleh nak kenal kenal tapi tak perlulah tidur di rumah pasangan. Tak manis orang pandang. Tapi itulah, sekarang ni nak cakap banyak pun, kita yang disalahkan. Masing masing dah boleh fikir mana baik mana buruk. Better think carefully.


Wallahualam.

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!