Semester Akhir Kejuruteraan

Mei 24, 2015

Assalammualaikum wbt.


Semalam dan hari ni, kerja nak mereput dalam bilik. Bangun, mandi, masak, makan dan merayau kat google selama berjam-jam. Bila wifi lambat mulalah meroyan, stress sorang sorang. Om pun tak faham dengan keadaan Om ni. Esok dah mula minggu kedua untuk semester akhir di tahun akhir bagi diploma kejuruteraan. Minggu pertama, kelas kejap ada kejap tak ada. Om pun tak faham kenapa, pelajar sabah dan sarawak ambil masa satu minggu untuk balik ke semenanjung. Seminggu itu sebenarnya minggu pertama untuk semester akhir. Bagi Om, sangat sangat mengganggu dan menyusahkan pelajar yang lain. Come on, this is college not school! Even in goverment university, first week of semester is going fast as well. Enam semester pun tak reti nak ubah sikap. Hidup juga orang spesies begini. >_<

Empat bulan mendatang, rasa macam sekejap jer. Pejam celik pejam celik, ehh dah raya, ehh dah midterm, ehh dah final. Masa berlalu dengan pantas. Om ni pun tak yakin untuk memulakan sesi praktikal di dunia pembinaan yang sebenar. Hahahhaa gitu~~~ Madam dah suruh mula cari tempat praktikal.Om rasa masih awal lagi, hold dulu. Nandi dah last minit baru kelam kabut nak cari. Biasalah engineering student, setakat cari tempat praktikal apalah sangat. Berlagak gila ayat.


Subjek tak nak kalah hebat, dengan kelasnya hari hari. Allah. Cukup malas kalau kelas tu banyak teori. Tak minat nak hadap. Om memang lemah nak menghafal. Sangat lemah. Annoying tapi subjek sejarah SPM, okay jer dapat B. Spesies apakah ini? Apa yang Om harapkan untuk semester akhir, Om nak dapat 4 flat lagi. Walaupun agak susah untuk dapatkan, tapi tak salah kita mencuba. Hendak seribu daya Taknak seribu dalih. Tak gitu. Selagi ada usaha kita usaha, bak kata pepatah Usaha Tangga Kejayaan. 

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!