Sambal Udang Ombak Style

Mei 19, 2015

Assalammualaikum wbt dan hai semua.

*google image*

Om nak kongsi satu resepi yang mudah dan sedap iaitu sambal udang untuk orang bujang masak.Cong ceng cong ceng dah siap, hahahaaa. Untuk pelajar ipts/ipta pun boleh, takyahlah tapau tapau tu. Masak sendiri jer kat rumah. Hari hari masak dah pandai. Nanti boleh masuk MasterChef Malaysia, tak gitu...

Jadi, bahan bahannya adalah :

  • Udang putih 30 ekor saiz sederhana 
  • Cili giling 3 sudu - nak lebih ikut sukahati koranglah ^^
  • Bawang besar 1 (dihiris)
  • Bawang merah 2 (dihiris halus)
  • Bawang putih 2 ulas (dititik)
  • Santan 1 kotak kecil ( guna suku je)
  • Perahan asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya. 
Cara cara:

  1. Bersihkan udang (om suka buang kepala dia, sebab kalau ada kepala dia om tak selera)
  2. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  3. Tumis hirisan bawang merah pun sampai naik bau.
  4. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak (api perlahan jer!)
  5. Masukkan perahan asam jawa.
  6. Masukkan udang dan hirisan bawang besar.
  7. Taburkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Masukkan santan, biar hingga mendidih sekejap dan angkat.
  9. Sedia untuk dimakan. ^^
** nak lagi sodap, bawang putih tu tumbuk dengan belacan yang dibakar dalam setengah ibu jari.

Perghhh terangkat, terbaik dari dapur !

Selamat Mencuba !

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!