Mampu Buat Punya Lah.

by - Mei 28, 2015

Hai dan selamat petang.




Hari selasa petang, lepas habis kelas geotechnical engineering, Om keluar daripada kolej, sebab nasi dan lauk pauk memanggil di telinga. Hahahahaa. Tengok tengok, kenapalah ramai sangat orang dekat depan kolej. Ada yang terjerit jerit. Om punyalah berlari nak tengok apa yang berlaku, hahahahaa. Rupanya JPAM buat aktiviti selamatkan mangsa daripada bangunan.


Disebabkan percuma dan JPAM macam bagi peluang mencuba, Om joinlah. Om tak tahu nama betul aktiviti ni. Macam flying fox, hmmm aktiviti lasak selalu ada. Om pun cubalah, konon nak tengok Om ni masih takut tak pada ketinggian ke tak. Ketinggiannya dalam 50 meter, level 5 bangunan kolej Om belajar. Tinggi tapi tak adalah berdebar mana. Ayat berlagak gila. Dengan pakai jacketnya, Om redah jer. Janji dapat rasa. Hahahhaaa. 







Aktiviti lasak macam tu, Om rasa banyak jer perempuan yang join. Bukan setakat best tapi menguji mental jugak. May be kalau tak ada rezeki jadi Jurutera, Om nak guide orang belajar aktiviti macam ni. Hihhii. In shaa Allah, korang mampu buatlah. Belum cuba belum tahu.

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!