Kangkung Goreng Belacan.

Mei 25, 2015


Assalammualaikum wbt.

Punyalah teringin nak makan kangkung goreng belacan, sampai termimpi. Haahaaaha. Alhamdulillah dapat juga. Dulu memang tak reti nak masak sebab otak ni dah set awal awal, tak reti masak! Sejak merantau ni, alhamdulilah daripada tak pandai kepada pandai memasak. Kalau nak tapau pun hari hari, habislah duit nak oi. 

Kangkung ni sebelum nak masak, kenalah bersihkan betul betul. Dikhuatiri ada penumpang pulak. Om cadangkan rendam kangkung yang dah dipotong tu ke dalam air garam, ala bubuh jer garam sikit ke banyak ke. Its up to you, babe. Rata rata mesti dah pandai masak sayur ni. Tapi Om peduli apa, Om nak kongsikan jugak resepi. Lain orang lain cara, tak gitu~~~ hihihiii.

What you must need:

1) sayur kangkung (dibersihkan)
2) bawang putih - satu ulas (ditumbuk)
3) bawang merah - 3 biji (ditumbuk)
4) belacan - sikit (ditumbuk)
5) lada kecil - depends (ditumbuk)
6) ikan bilis - depends (ditumbuk)
7) sedikit air
8) garam dan gula

Cara cara :
  • tumbuk bawang putih, bawang merah, belacan, lada kecil dan ikan bilis.
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  • masukkan sedikit air , kemudian masukkan kangkung
  • masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu.
  • sedia untuk dihidang.
Memasak bukan pilihan, paksaan tapi tanggungjawab kepada diri sendiri. HAhahahaha. Selamat mencuba.


You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!