Cara Terbaik Atasi Kecewa.

by - Mei 12, 2015

Assalammualaikum dan Hye semua !


Kembali bersua. 12 hari di kampung, alhamdulillah dapatlah meluangkan masa dengan keluarga terutama mak abah. In shaa Allah ahad ni Om akan balik ke Setiawangsa semula. Om dah rasa rindu dengan bilik Om dan juga anak jiran Om, Aryan. Rindunya dekat Aryan. Dua tiga hari kebelakangan ni, rasa sakit hati dengan perkhidmatan cyber cafe kat kampung. Selalu bermasalah, kadang kena pergi ke kampung lain untuk guna internet. Stresslah begini~~~ Menyusahkan semua pihak terutama pelajar. Mohon ambil tindakan dengan segera, ^^.

Berbalik pada tajuk entri, Cara Terbaik Atasi Kecewa. Mungkin pada ketika ini, ada hati yang sedang kecewa. Ada hati yang tengah terluka dan mungkin juga ada hati yang tengah merana. Siapa yang mahu perasaan kecewa hadir dalam hati? Apatah lagi menjadi lemah dengan perasaan ini. Kadang merasa lemah dan tidak tenang mampu menitiskan airmata setiap masa.

*muka kecewa ke ni?* hahahahha

Kan cinta ada pasang dan ada surutnya. Ada bahagia dan ada kecewa. Ada suka dan ada duka. Tak semua percintaan akan merasa bahagia. Kadang perkahwinan ada juga asam garamnya. Manusia macam kita tak lepas daripada melakukan kesilapan. Nobody perfects.

Namun perasaan kecewa tidak juga dalam masalah percintaan atau jodoh. Ada juga yang kecewa dengan masalah lain. Boleh jadi dengan tindakan ibu bapa, kawan kawan atau jiran. Pendek kata perasaan kecewa membuat perasaan kita remuk rendam.

Om pun pernah rasa kecewa. Ada jugalah kecewa dalam percintaan, tapi bila dipikirkan semula, Om tergelak, sebab bodohnya masa tu. Yalah cinta ni lumrah kehidupan, semua orang nak rasa mencintai dan dicintai. Hahahahaaa, alhamdulillah perasaan kecewa dalam percintaan tu dah lama Om usir jauh dari hati.

Om nak kongsi sedikit cara untuk kuatkan kembali hati yang tengah kecewa tu. In shaa Allah cara ini akan dapat membantu korang semua.

1) Membaca Surah Yasin.

Sebenarnya surah Yasin ni banyak manfaat, salah satunya mampu mengatasi rasa kecewa. Mungkin ada yang jarang membaca al-quran dan membuka kita ni. Inilah penyebabnya hati kita terganggu dan tidak merasa tenang. Jomlah mulakan amalan ini. Kalau yang haid tu, boleh dengar guna MP3.

2) Solat Sunat Tahajjud.

Tak salah bangun dan melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat ini adalh untuk menguatkan jida dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasullah dan para sahabat.

3) Elakkan Dengar Lagu Tema Kekecewaan.

Ini penting, tolong hindari dari suasana yang boleh buat korang sebak dan terkenangkan kenangan lalu, Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta dan kecewa. Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarkan dahulu luka itu sembuh :)

4) Sentiasalah Ingat Allah.

Sebagai muslim, kita kenalah sentiasa ingat Allah. Yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah maha Mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Selamat Mencuba ^^


You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!