Ayam Masak Lomak Cili Api.

Mei 21, 2015


Asalammualaikum dan hai semua!

Om keliru dengan nama masakan ni. Ada yang panggil masak lemak cili api dan ada juga yang panggil masak lemak cili padi. Mana satu ni? Peliks. Tapi lantaklah itu hanya nama, yang penting perut kenyang hati pun senang. Petang ni, Om masak ayam masak lemak cili api, kaw kaw pedas. Terletak banyak cili pulak. Biasalah orang Johor, kalau tak pedas tak sah. Pedasnya tu boleh sampai tahap keluar peluh dekat muka. Fuhhhh, terangkat!

Baiklah, bahan-bahannya mudah. Tak susah mana. Lagi pun masakan ni mudah sangat, untuk Om lah. Tak tahulah korang. Mungkin ada yang kata susah. But If you not try, you dont know about that. So try it.

What we need is :
  • Ayam 6 ketul (untuk dua orang makan)
  • santan 1 kotak
  • 12 biji cili api - blend
  • Kunyit hidup sikit - blend
  • bawang besar 1 biji - blend
  • bawang merah 1 biji - blend
  • bawang putih 1 ulas - blend
  • serai 1 batang - diketuk
  • lada merah - hiasan
  • kentang 2 biji - belah 4 (ikut korang)
Lets start!
  1. Blendkan bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit.
  2. Masukkan yang diblend tadi dalam periuk bersama santan, ayam, serai dan kentang.
  3. Bila ayam dan kentang dah masak, perisakan dengan garam.
  4. Hiaskan dengan lada merah.
  5. Siap untuk dihidang.
Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!