Sakae Sushi, Yakk !!

by - April 20, 2015



Assalammualaikum.

Selamat malam buat semua yang sedang membaca entri aku yang tak seberapa ni. Semalam, aku keluar dengan kawan kolej, nama dia Awin. Awin ajak pergi temaan tukar baju dekat Avenue K. Hihihiii janji jam 3 dah ada kat KLCC, tapi disebabkan masalah sikit. Dekat jam 4 baru sampai. Janji melayu kan. Bukan taknak tepati dah masing masing pun lambat.


Ingatkan nak lepak dekat RoofTop Avenue K tapi tutup pulak. Katanya ada event sedang dijalankan. Too annoyed ! Puas jugak lah pusing pusing kat dalam KLCC. Window shopping kejap. Usha usha kasut, baju. Akhirnya apa pun tak beli. Hihihiii. Aku tak ada mood nak shopping semalam. Dah niat dalam hati cuma nak temankan jadi no need to buy something! hihihihiii thats me. Niat kene betul.


Bila tempat lepak tu tutup, maka aku dan Awin pergi ke NU Sentral. Awin nak tukar earphone. Jadi aku bercadang untuk memenuhi keinginan nafsu makan. Walaupun sebelum keluar, dah puas meratah lauk dekat rumah. Hihihihii. Dah settle tukar semua tu, aku macam biasalah. Tak habis habis dengan MCD murah. Time dinnerkan, mestilah murah. Bukan kedekut tapi berjimat. 



Maaflah ye, lighting kat MCD NU Sentral tak berapa nak cun. Lepas jer makan, ingatkan nak duduk lepak dan sembang sembang. Tapi tak ! kitorang tawaf satu NU, hihihiii,, dah lenguh barulah terpikir nak cari tempat untuk rehat seketika. Kebetulan Awin nak makan lagi, jadi dia ajak lah aku masuk Sakae Sushi. Aku bukan allergic tapi geli. Geli bila sushi tu masuk dalam mulut. Sushikan ade yang mentah, walaupun rebus sekalipun memang aku tak makan.


Untuk pertama kalinya, aku masuk restoran tersebut. Decorasi memang cantik, hijau macam alam sekitar tapi baunya, Ya Allah, tak tahan, busuk gila, bau dia macam dalam toilet. Busuk. Disebabkan nak teman Awin makan, kena lah tahan dan respect dia bila tengah makan. Hahahahaa. Kalau tak confirm Awin ajak aku keluar sebab mulut aku pot pet pot pet tak tahan dengan bau. Maaflah, aku ni jenis cerewet sikit. Hihihii..

Nampak tak Awin punya makanan, padahal dekat MCD tadi dah makan. Tak sampai dua jam, makan lagi. Takpe duit habis dekat makanan. Aku rasa macam jalan jalan cari makan pulak. Hahahahha apa pun tak boleh.



So, dear my future husband, tak payahlah nak date or makan kat Sakae Sushi. Aku tak suka, walaupun makan itu terlihat sedap disebabkan bau yang meloyakan tetap nampak tak sedap. Hahahahaaa. Yakkk!

You May Also Like

8 0000 orang comment sini

  1. Sekurang-kurangnya dah mencuba juga sushi. Baguslah. Hehehe.

    BalasPadam
  2. Jangan makan yang yang mentah. Try makan yang fry mesti tergoda :)

    BalasPadam
  3. lain orang lain seleranya kan :) was here ,singgah petang khamis .

    BalasPadam
  4. hahaha, sama laa. jaga hati membe. sendiri nak termuntah. huhu

    BalasPadam
  5. Jln2 cari makan..jln2 cari sushi..hehhehe...

    Lain tekak lain selera...akak suka mkn sushi..tapi bkn selalu...jrg sgt mkn...time mengidam je g cari...

    Awin sepatutnya ajak akak...
    Hahaa :)

    BalasPadam
  6. avenue k sepelaung je nih., hihi2

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!