Safi, Make Me Feels Beautiful.

by - April 17, 2015

Assalammualaikum.

Semenjak guna product safi, aku nampaklah perubahan. Dah masuk zaman 20an kecantikan kenalah diambil berat dan bukan dipandang ringan. Alhamdullilah, dekat 2 bulan guna produk safi memang ketara perubahan tu. Bukan tak berani nak makan supplemen yang memutihkan dan menganjalkan kulit, tapi itulah sekarang produk tiruan pon dah berlambak , so tak berani.


Pelembap Muka Safi, salah satu produk yang aku suka. Dulu bekas produk ni tak cantik, warna pon tak menarik minat aku untuk beli. Rasanya bekas produk ni baru diubahsuai kot. Cantik, aku suka aku suka. Warna bekas lembut , lawa tahu tak. Geram rasa nak gigit. Harga pon murah dan berpatutan untuk aku yang bergelar pelajar. As long as boleh save budget dan paling penting halal disisi agama. Nak cantik kenalah bijak, tapi jangan sampai bodoh tak tahu nak beza yang murah berkualiti dengan murah yang tak berkualiti.

Ala sekarang ni, kau bukak jer Instagram,banyak orang jual produk. Murah dan siap bagi testimoni. Boleh kalau kau nak beli, thats your choice. Nanti bila dah guna produk yang murah tak berkualiti tu, ha mulala kulit muka mengelupas sana sini, muka bertukar jadi kemerah merahan macam udang kena bakar. hahahahaa.. kat kampung aku, ramai makcik makcik atau hakak hakak yang muka merah merah sebabnya salah pakai produk. Apa pun tak boleh.

Aku cadangkan korang yang sebaya dengan aku, gunalah produk safi. Murah dan berkualiti. In Shaa Allah, for next entri I will share another produk thats I used for my skin. Apa apa pun thanks SAFI because make me feels beautiful. Muahhh cikeddd.


You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!