Moral Of The Day.

by - April 13, 2015

Assalammualaikum dan Salam Maghrib.




Keletihan juga hari ni. Masa terkejar-kejar. Semalam dapat tidur 5 jam sahaja, sebabnya study untuk test Reinforced Concrete Design. Alhamdulillah dapat jawab dengan jayanya. okay, taknak cerita lebih lanjut apa yang terjadi harini. Aku rasa hari ni memang banyak moral yang aku kena belajar, belajar dan  belajar lagi.

Pertama, jangan salahkan orang lain diatas kesalahan sendiri !

Kau dah buat salah tapi kau  jadikan orang lain bahan kesalahan kau. Patutnya kau dah salah, apa salahnya kau mengaku. Senang dan mudahkan. Ini memang jenis manusia yang suka buat aku sakit sakit hati. Aku tak faham kenapa orang yang macam ni tak boleh nak terima kesalahan sendiri. Bagi aku, tak susah pun mengaku. 

Kedua, alasan bodoh untuk ponteng kelas !

Aku bukanlah jenis yang suka nak datang. Kadang kadang nak jugak ponteng. Takkan nak full attandace. Ya bagus kehadiran penuh sebab nanti akan effect pada kau punya resume or sijil diploma kau nanti. Bodohnya pulak, kau dah lah ponteng kelas berminggu-minggu dengan alasan " saya sakit, madam " , " hujan lebat sangat madam" , "tayar moto pancit, madam" dan bla bla bla. Padahal dalam moment wechat, " Yeay, dapat jugak tengok wayang hari ni". Kau rasa ? Aku nak penampar jer orang macam ni. Susah ke nak bagi alasan yang munasabah? Susah ke nak cakap , "saya malas madam " ? susah sangat ker. Sakit hati kita. 

Ketiga, hilangnya rasa tanggungjawab !

Ha yang ni, sebagai manusia, nilai murni ni kena ada dalam diri. Tak kira tua muda miskin kaya, kena ada. Sebab ape ? sebab tanggungjawab tu membentuk siapa kau untuk masa akan datang. Kalau kau student, tapi tanggungjawab tak ada, buat apa kau belajar. Tak tahulah bila kau bekerja nanti. Kelas datang lambat, banyak ponteng, assignment submit lewat. Entahlah.

Aku bukannya sempurna sangat. Kelas datang assignment buat, tak tak. Aku dah tanam semangat nak ubah latar belakang keluarga. Aku tak nak kesusahan menyelubungi.  Alhamdullilah, aku rasa moral moral yang aku belajar hari ni tidak ada dalam diri. Alhamdullilah, akan aku kekal. Tapi buat kau, ubahlah. 

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!