Mak, Uda Dah Pandai Masak.

April 16, 2015

Assalammualaikum.



Bismillahirahmanirahim, good afternoon to my ehem ehem at Terengganu. I think today is the best day in my life. Why? Hahahahaha.. Untuk yang pertama kalinya, aku masak Nasi Lemak. Aku rasa bangga sebab aku belajar sendiri tanpa mak ajar. Ya dulu masa zaman sekolah, hujung minggu mesti mak masak nasi lemak, nasi lemak mak memang favourite. Terbaik dari rumah. Mak ajar tapi aku tidur. Who want to wake up in early morning? Memang tak lah masa tu. Pagi pagi nak bangun, chillah hujung minggu apa salahnya bangun lewat. Hehehehee.

Memang orang akan gelak, ala baru masak nasi lemak dah kecoh. Ni bukan pasal pandai masak atau tak. Aku nak  cakap yang perlahan lahan aku dah berubah. Dulu tak reti masak, sekarang dah pandai masak. Kau rasa masak ni, just campak campak then siap? Its all about skill and taste ! Terserah nak gelak atau tak. Ya memang rasa menyesal sebab tak dapat belajar masak dari Mak. Bila dah merantau ke tempat orang baru rasa menyesal. Siapa nak masak untuk kau? kalau bukan diri kau sendiri. Ini untuk orang yang merantau saja, lainlah yang masih berkepit bawah ketiak. Minta itu ini mak buat. Hahahahahaa.


Ada tak ciri ciri seorang chef? hahahahaa, annoying. Kat dapur rumah Along lah aku belajar masak, dari tak pandai, dari rasa yang tak sedap dan Alhamdullilah its change slowly. Jujur aku kata, rugi sangat sebab tak belajar dengan mak dulu. Menyesalnya. Sekarang ni  bilaa berjauhan dengan mak buat aku rasa menyesal gila !

In Shaa Allah dah habis pengajian nanti nak balik kampung nak belajar masak dengan mak. Sebabnya semua masakan mak sedap sedap belaka. Harap dapat masak sesedap air tangan mak. Hari ni masak nasi lemak. Aku amik masa satu jam, lama tak? hahahahaa.. Alhamdulliah, rasa sedap gila. Tapi Nasi lemak mak tak boleh dikalahkan lah. Hehehhee..


Taraaaa !!! Nasi lemak dah siap. Looks yummy right ? Jemput makanlah, tapi buat mak , " Mak, uda dah pandai masak. "

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!