Lelaki Octopus !

by - April 15, 2015



Assalammualaikum dan salam rabu.

" This love has taken toll on me, she said goodbye, too many times before. Her heart breaking in front on me, i have no choice, cause i wont say goodbye anymore. " Dari malam semalam sampai sekarang, lagu Maroon 5 - This Love , aku dok ulang ulang ulang dan terus ulang. May be ini lagu legend dan will improve my english. Hehehehehe.

Back to the topic today, "LELAKI OCTOPUS" means lelaki sotong. Hahahahah. Kau tahu kan. Bohonglah kalau kau tak tahu. Mari sini, aku liku kepala kau ! Sebenarnya lelaki sotong dikategorikan lelaki yang ala ala perempuan gitu. Spesies diorang ni tak sama dengan pondan. Kalau pondan, 100% ubah dari atas sampai kebawah dan sampai luar dalam diubah. Mengalahkan perempuan. Aku pernah terjumpa, dan aku panggil pondan tu akak. Hahhaha. Tapi bila dia bersuara mengalahkan buluh perindu. Suara macam petir guruh, haishhh hidup orang begini.

Aku suka lah dengan lelaki octopus sebabnya dia faham hati wanita. Faham yang maksudnya bila tengah mood down, dia kan prihatin dan tanya macam macam untuk buat mood ceria kembali. Ni daripada pengalaman aku. Tak tahu lah korang semua.

Bila part shopping, biasalah perempuan kan, satu shopping mall kau nak terjah. Tak cukup sehari nak shopping. Sama macam lelaki octopus ni, kau ajaklah dia. Mesti dia tahu tempat shopping yang murah, yang cantik, yang best best. Kadang kadang diorang ni pakar dalam tawar menawar. Hahahaha. yes, im not one of person yang suka tawar menawar. Aku tak reti nak tawar menawar ni. Baguslah lelaki octopus ni, sangat sangat.

Kau jangan cakap, lelaki octopus ni lagi expert in cooking. Kau ada? Kau cakaplah nak makan ape, ha dia ajarkan kau. Terdiam aku. Macam kawan aku ni, dia pandai masak, pakar kemas rumah, kiranya kalah perempuan. Aku sendiri pon surrender sebabnya aku tak pandai masak macam dia. Setakat untuk tekak sendiri tu boleh lah. Untuk bertiga, berpuluh memang tak reti.

Kiranya lelaki octopus ni sesuai dengan perempuan yang kasar, maksudnya perempuan tomboi. Kontra gila. best kawan diorang ni, baik dan faham hati kau sebagai wanita. Ni aku bercerita berdasarkan pengalaman, tapi tulah kawan aku ni dah sambung degree at Indonesia. Sms pun dah jarang, semuanya dah jarang. In Shaa Allah, we will keep in touch again ^^.


You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!