Lala Pedas.

by - April 23, 2015

Assalammualaikum.

*gambar hiasan*

Hari ni Om berbesar hati nak kongsi resepi.  Sharing is caring, sharing is loving. Hihihiii tak gitu? Baiklah mari kita mula.

Bahan:

  • 1/2 kilo lala ~ cuci bersih tau !
  • 1 sudu besar cili giling
  • 5 biji cili api ~ di ketuk
  • 3 ulas bawang putih ~ di ketuk
  • 1 inci halia ~ di ketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 helai daun limau purut ~ di hiris halus
  • sedikit sos tomato
  • sedikit kicap manis
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
Cara-cara:


  1. tumis bawang putih, halia dan cili giling sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, cili api dan limau purut.
  3. Kacau sebati.
  4. Masukkan lala dan sedikit air.
  5. akhir sekali perisakan dengan garam.
  6. siap untuk dihidang.
Siapa cakap masak itu susah? kalau om campak campak bahan dah siap, janji boleh  makan dan sedap. Hihihiiii. Selamat Mencuba.

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!