Kau Suka Lelaki Yang Macam Mana ?

by - April 14, 2015

Assalammualaikum.

Topik yang agak meroyan malam ni. Hihihiii. Sebabnya ada hamba Allah bertanya kepada aku, " Kau suka lelaki yang macam mana ? " Seriously, when she ask me like that, i just krikk... krikk... krikk...
Hahahahaha... Soalan yang boleh buat aku tergelak, tersenyum serta terpikir. Alah, semua perempuan mesti ada lelaki idaman malaya. Begitu juga saya, bak kata omputih , Prince Charming.

Sebelum tu, nah gambar aku setepek !



Mari sambung....

Aku agak memilih sikitlah. Taknak lah yang lepas terjadi kembali. Tidak mahu tidak mahu. Hahahhaha. Memilih untuk kebaikan tak pe kan? Jangan sampai obses untuk memilih. Tak salah kalau nak pilih. Depends on yourself. Citarasa manusia kan berbeza-beza. Kau lain, aku lain, dia lain, mereka lain. Tak gitu?

Aku suka lelaki yang pandai masak. Macam abah aku, pandai masak. Sedap sedap pulak tu. Haishhh rindunya. Rata rata lelaki dalam keluarga aku, maksudnya abah dan abang abang aku memamg reti memasak. Entahlah, nak kata mak ajar , tak pulak. Tak pernah nampak pon kat dapur. Mungkin pengalaman tu. Yang pastinya, abah memang pandai masak. Bukan apa. Senang untuk aku nanti, kot kot lepas kahwin nanti, dia yang masak, aku goyang kaki jer. Hehehehehee...

Aku suka lelaki yang berjiwa alam. hahahahhahaa... aku berjiwa alam sikit. Dulu masa zaman sekolah, aku pernahlah terlibat dengan aktiviti camping. Duduk dalam hutan 3 4 hari, bermalam kat situ, bermandi manda kat situ. Jadi, aku nak lah lelaki yang aku suka tu berjiwa alam juga. Mudah untuk berkongsi pengalaman. Tak gitu?

Aku suka lelaki yang lemah lembut dan agak pendiam. Ni tak boleh bla. Entah, bagi aku pasangan ni kenalah ada kontra sikit. Ada lebih ada kurang. Baru syok. Lelaki yang lemah lembut tu bukannya yang lelaki jadi perempuan, bukan bukan, mohon dijauhkanlah. Mak kata, lelaki yang bersopan santun. Ala susah nak gambarkan. Macam ala ala ustadz gitu, sopan jer. Tak berkasar, tutur bicara tu jagalah. Yelah, aku ni memang jenis yang pot pet pot pet. Mestilah nak lelaki yang pendiam. Bukannya bisu okay.

Cukup setakat itu sahajalah lelaki yang aku suka. Nanti tak terhabis pulak kau baca. hehehehee. Tapi, kita pilih macam mana sekali pun, kalau rasa tak selesa bersama. Tak guna jugak memilih tu. Keselesaan bersama itu yang penting. Jadi pikir pikirkan.

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!