I Know I'm Not Good Like You !

April 18, 2015

Assalammualaikum.


Kadang-kadang aku rasa sentap dengan kata kata member. Member semeja yang belajar dengan kau hari hari. Ye aku tahu, aku tak pandai nak cakap dalam bahasa inggeris sehebat kau. Tapi janganlah sampai merendahkan perasaan member kau ni.

Nak dijadikan cerita, aku berkawan dengan seorang pelajar Thailand. Nama dia Suki. Dia architecture student. Dah lama duduk Malaysia Suki ni, tapi dia tak berapa pandai nak cakap melayu. Jadi aku ajarlah sikit. Suka atau tak, aku kenalah cakap bahasa inggeris dengan dia. Selama ni dia faham jer apa yang aku cakap. Kadang English aku ni teruk dia masih boleh faham apa yang aku nak sampaikan. 

Aku bengang bila aku tengah sembang dengan Suki, member aku ni datang dan terus cakap pada Suki, "You understand the crazy woman say to you? Her english is very low! Totally broken." Kau rasa? Panas tak? Marah tak? Tak boleh ke dia ni cakap elok elok. Suki pandang aku dan aku rasa down gila waktu tu. 


Sampai sekarang aku tak berani nak cakap in English, sebabnya mood aku berubah 360 darjah. Tak tahulah rasa macam tak nak cakap sampai mati. Bukan sebab takut tapi sebab malu. Malu diejek member sendiri. Sekarang ini aku tengah belajar cari keyakinan diri bila berckap in english. Hihihihiii sampai bila nak malukan. I will try my best, chaiiiii yokkkkk !!!

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!