Tips Memilih Sotong Segar.

by - Mac 25, 2015

Assalammualaikum ^^




Korang ada masalah bila beli sotong yang tak segar? Ni aku nak kongsikan sedikit tips untuk korang semua. In Shaa Allah berguna nanti tau. Aku kongsi tips yang double double berguna untuk korang. Boleh guna tips ini semasa membeli sotong.

1) Badan sotong baru lebih bulat dan pejal.

2) Matanya bulat dan tidak berkedut.

3) Kulit luarnya tidak tertanggal.

4) Kulit kedua (putih) tiada lebam merah jika kulit pertama tertanggal.

5) Tiada cairan keluar di kawasan lehernya.

6) Baunya tidak kuat.

7) Dakwat tidak keluar.

8) Jika badan terluka tiada kesan hitam.

9) Tantakelnya mengembang dan mengeras.

Sebenarnya, penting juga tau memilih sotong yang segar, ini untuk pastikan lauk yang korang masak tu sedap, lazat dan bermutu. Bagus untuk kesihatan juga. Jadi, selamat mencuba.

P/s : Korang ada tips lain untuk memilih sotong segar? Boleh komen di bawah yer, muahh ciked!

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!