JJS - Jalan Jalan Sore.

by - Mac 23, 2015

Assalammualaikum ^^

Hari Ahad biasa aku tengok tv dari bangun tidur sehingga ke petang. Hehehee dengan tidak mandinya, ahadkan mood malas dah sebati dalam diri. Along dah balik dari Langkawi, jadi mulut ni tercakaplah,

" Along jom pegi main belon buih sabun kat tasik ? ".

Hahahahahaa, gatal benor aku cakap begitu. But his answer my question. " Petang nanti aku bawak, ni aku nak keluar hantar barang dulu ! ".
Alhamdulillah, respon yang memberangsangkan. Lama jugak aku tak jalan jalan dekat tasik. Tasik Titiwangsa, tasik di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Lagipun, rumah Along tak jauh dari Tasik. Dekat jer, kalau lari tu penat jugaklah.



Taraaa.... Itulah yang aku maksudkan belon buih sabun. I don't know the real name of the game. Sukahatilah aku nak letak nama apa kan. Itu anak sedara akak ipar aku, bulat nama dia. Al maklum, aku belum bersedia jadi makcik. Hahahahahaa. Umur masih muda. Tunggu dah matang sikit. In Shaa Allah ada lah nanti anak buah. Hehehee.

Hari ni memang ramai orang. Ahad kan. Nak parking pon susah. Petang petang biasanya suhu panas tu kurang sikit, ni tak panasnya macam tengahari. Naik meleleh peluh kat ketiak. Geli wweihh.



Kunun kunun nak buat video main buih tu tapi tangan ada dua jer tak cukup, mana nak main buih tu, mana nak buat video, so I decide to snap a picture only. Walaupun gambar tu tak seberapa, at least ada terpapar jugak kat blog yang terindah ini.


So if you want to play that bubbles , please come to Tasik Titiwangsa. I'm not sure the price of the bubbles. Hehehee. Sebab akak ipar aku yang belikan. Aku memang suka pau dia. Hahahahahaa. Patutnya aku yang nak main ,aku yang bayar. Aku memang kedekut. Hehehee.



Hehehee. Itu aku! Senyum senyum kambing gitu~~~ okaylah sampai disini sahaja. Bye bye.

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!