I Dont Know How I'm Feel.

by - Mac 11, 2015

Assalammualaikum dan zao an (selamat pagi).

How's your day? Have a great day today okay.  Kerja tu elok elok, belajar tu rajin rajin. Jangan ponteng kelas macam aku ni. Entahlah aku malas nak pegi cocuriculum hari ni. Rakan kelas yang terlalu ramai adalah faktor utama. Biasalah, aku senior tak kuasa nak join junior. Kah kah kah.


Dua tiga hari ni, rasa macam "I dont know how I feel". Macam ada sesuatu yang tak kena. Ehhh memang ada pon, dengan hal rakan kelas buat hal dengan pensyarah. Lepas tu, pensyarah tak nak mengajar. Apa yang pensyarah ajar hari tu tergantung macam tu jer. Geram ! Tak nak belajar, silalah keluar. Jangan ganggu pelajar lain yang nak belajar. Geram geram geram.

Hati pulak buat hal. Kerja nak sedih sokmo. Kerja dengar lagu putus cinta jer. What's happen? Stress~~~ Hati celaru sikit dua tiga hari ni. Cuma bengang dengan hamba Allah bernama Adam. Tapi nama dia bukan Adam. Kenal dah setahun 4 bulan. Dia ni orang kata, bukan orang kata tapi aku yang kata, suka sangat main tarik tali. Maksudnya, tentang perasaan, kejap sayang kejap tak. Just make me confusing. Setahun memang tak cukup untuk berkenalan. Tapi dia macam tak bersungguh sungguh. Kau rasa?

Aku dah banyak kali hilangkan diri, aku tak nak dia ni main perasaan aku. Tapi dia masih lagi cari aku. Sebulan aku hilang, nanti dia mesej takpun telefon. Lepas tu, dua minggu aku hilangkan diri lagi, ehh dia tetap mencari. Apa masalah dia? Bila tak jawab tak balas sms, dia pot pet pot pet kata macam ni macam tu. Alahaiii stressnya~~~~

Allah tu sayangkanku, Allah tunjuk yang dia tu bukan lelaki yang baik baik. Kalau dia ni lelaki yang baik, mesti dia tahu, perasaan perempuan bila dipermainkan. Mana tahu terjadi pada adik dia ke, kakak dia ke ha tak pun mak dia. Hukum karma tetap wujud. What's you give, you gets back. Allah tu maha adil. Jadi, aku nampak moment dia yang tengah hangat dipasaran bercerita tetang his girl! Kau rasa?

Jujur, aku bengang sebengang bengangnya. So, I dont know how I feel. Nak sedih? Nak marah? Takkan nak gembira pula? Benda dah jadi, dengan langkah bijak, aku block semua tentang dia. Buang segalanya. Buat apa pikir, merugikan masa, tenaga dan jiwa. Dia ingat aku bodoh dan terus hanyut dengan tarik tali dia tu. Sorry aku tak bodoh.

Jadi hikmah untuk perkara ni, jangan mudah ternoda. Amboiii hikmah bukan main lagi. Nak bercinta? Ini bukan masanya lagi. Just finished your diploma, get the awesome pointer and have a great job. Setelah itu baru pikir pasal cinta cinta. Kan?

Tentang hati, rawat ia kembali. Zikir dan kembali mencintaiNYA. Renung renungkan~~~~

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!