Hukum Tukar BB1M kepada Wang.

by - Mac 26, 2015

Assalammualaikum ^^

Geram jugak dengan follower widget, tak elok elok dari semalam. Sakitnya tuh disini~~~ Biarkan jerlah nanti lama lama elok lah widget tu. Tak kuasa nak pikir, hehehee.



Alhamdulillah, hari ni aku dah dapat dah Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M). Lama juga aku berteka-teki bila agaknya dapat baucer. Bila dan bila, sebabnya tahap nak shopping ni dah meronta-ronta. Hehehee. Dengan baucer ni bolehlah beli novel ke, buku masak masak ke, buku motivasi ke.

Niat nak tukar baucer kepada duit memang terlintas. Yelah, aku ni pun belajar bidang yang tak guna buku sangat. Jadi rugilah kan. Tadi pun kat Kolej, ada tiga orang cina duduk depan kolej, promosi tukar baucer kepada duit. Dengar dengar, ada yang tukar dapat RM180 jer. Rugi gila. Baucer RM250 dapat tukar sebanyak tu, rasa tak adil sangat.

Aku pun terpikir pikir samaada nak tukar atau nak simpan. Aku amik jerlah no handphone orang cina tu. Senang sikit bila tergerak hati nak tukar, terus call. tadi, aku google cari tempat tukar baucer dengan kuantiti yang sama.  Tup tul terbaca hukum tukar menukar ni.

Scary juga, aku tak nak tambah tambah dosa ni. Bahaya. Korang boleh refer link ni, KLIK SINI ! ! ! Jadi hukumnya adalah Riba jika apa yang ditukarkan itu tidak sama dengan kuantitinya. Macam kes RM180 tulah. Riba tu, tolong jauhkan. Gunakan baucer tersebut dengan bijak okay.




You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!