Dia Mengganggu Tidur Ku !

Mac 22, 2015


Assalammualaikum penduduk bumi ^^.

Semalam, hari sabtu 21 mac 2015 kan. Jujur, bila si kecik ni call (sheril), arghhh rasa malasnya nak bangun, mandi dan siap siap hantar barang si kecik tu. Si kecik ni telfon dalam pukul 9.30 pagi.

" Je, nanti datang pukul 11 pagi dekat lrt sri rampai tau". Aku dengan suara ala ala rock menyapa " k k k k " . Panggilan berakhir dengan begitu sahaja. Hahahahaha.. si kecik ni call memang on the spot aku jawab. Mata melilau cara telefon. Bertuah betul sikecik ni. Kang tak pegi, kecik pula hati, paru paru, jantung sikecik ni. Gagahkan jua lah.

Disebabkan masa terlalu suntuk, aku dengan tak makeupnya, tak berbedaknya, sarung tudung, belit sikit, terus pegi lrt setiawangsa. Aku rasa pukul 10.45 pagi dah macam 12 tengahari, masha Allah panasnya, meleleh ketiak. Panas jerebu! Tak suka keluar waktu macam ni. Kalau pakai makeup, confirm dah cair habis.


Apa pun tak boleh, redahkan jua panas panas begini. Demi sikecik , aku sadokan diri. Kah kah kah, sawit~~~~~ Nasiblah setiawangsa dengan sri rampai tak jauh, kalau jauh boleh menangis dalam hati. Si kecik sikecik hang, buat cheq makin sayang dekat hang. Hahahahaha... tolong jangan kembang ye si kecik.


Tengok muka aku tu, sikit pun tak letak bedak. Hahahahahah. Dengan jerawatnya, dengan eye bag yang macam mata panda, tapi masih manis lagi senyumku itu, hahahahhaha. Ini masa teman si kecik, reserve meja dia dengan kekasih dia. Al maklum, sambut birthday kekasih dia. Dan aku jadi lalang, teman si kecik ni. Tak sampai hati nak tinggalkan sorang sorang dia tu kat sri rampai. Takkan lepas hantar barang terus balikkan. Si kecik ni pulak merengek nak ajak teman. Hasihhh serba salah pulak. Akhirnya, temankan jua. Hai aku ni cepat betul kasihan kan orang. Takpelah si kecik ni banyak membantu, tak salah tolong kawan. Lagipun, aku rak ada buat apa apa.


Cantik pula lampu ni. Biasalah decoration untuk trick pelanggan jengah kan. Ni kat U Cafe, Wangsa Walk. Aku tak pernah makan kat sini lagi lah. Menurut si kecik, makanan dekat situ sedap sedap dan harga berpatutan. In Shaa Allah, ada rezeki lebih nak makan kat sinilah. Sesorang jer, kita ni tak dok boypreng lagi. Hehehehehe... ramai kawan lelaki jak, itu pon tak de yang menarik perhatian daku. Daku ni memilih sikit, sikit jer tak banyak. Hehehehe... hang jika ada usaha nak kat cheq, In Shaa Allah cheq longgarkan sikit memilih tu . Kah kah kah.


* bersama si kecik *

Taraaa... Itulah si kecik yang aku maksudkan, her name is Sheril. Hehehee. Bertuah dia ni. Suka kacau tidur daku. Daku suka diulit mimpi, tapi bila hadirnya si kecik itu, mimpi daku berubah menjadi mimpi ngeri. Heheheee kidding jer shirel ^^

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!