Apa Perasaan Jika Tidak Mempunyai Kekasih?

Mac 24, 2015

Assalammualaikum ^^


Selamat Pagi, Entri yang menarik untuk korang baca. Hehehee. Tengok jer tajuk entri boleh meroyan aku dibuatnya. Aku cuba bagi entri yang terbaik abad ini. Baiklah mari kita mula.

Boypreng? Girlpreng? Aku rasa sudah jadi trend terkini. Alangkan budak 10 tahun pun dah tahu boypreng girlpreng, inikan pula kita yang berusia. Kalau aku, aku tak panggil boypreng atau girlpreng, aku suka panggil dengan panggilan kekasih. Orang yang engkau kasih. Kau ada kekasih? Kalau ada baguslah tu, kot kot jodoh kau. Ehhh aku? Hmmmm

Okaylah, aku tak ada kekasih pon. Entahlah pengalaman lalu mengajar aku untuk lebih berhati hati. Hehehee. Aku rasa umur yang sebaya dengan aku, mesti ada kekasih malah ada yang dah berkahwin. Siapa tak suka disayangi, dikasihi, dicintai kan? Semua orang nak. Orang gila kalau tak gila mesti dia nak. Itu semua fitrah.

Mana tidaknya bila orang lain sibuk bersms, dating dating bagai. Kita pulak habiskan masa dengan tidur, makan, tengok tv dan sebagainya. Seharian kita bersendirian, tanpa kekasih.

Bagi aku, mulanya aku sibuk nak cari pasangan. Nak yang ni nak yang tu. Hari hari sibuk pikir pasal pasangan. Tapi, bila di pikirkan disudut negatif, banyak sangat negatif, bagi aku lah. Nanti bila ada kekasih, tak dapat bagi masa , tak dapat nak study sungguh sungguh. Mana taknya sibuk melayan kerenah kekasih. Tak tahu lah bagi korang.

Aku okay jer kalau tak ada kekasih. Tak ada hal. Mungkin belum sampai masanya lagi. Ini biarlah fokus pada study, practical yang tak lama lagi kene buat. Senang jer nak elak rasa sunyi, cepat cepat buat keje. Jangan di ikutkan perasaan.

Selagi mana engkau percaya pada Jodoh, selagi itulah kau tahu batas batas agama. Jodoh ada tak kemana. Allah dah persiapkan, tak di dunia , In Shaa Allah di akhirat. Manusia hidup berpasang-pasangan. Tunggu dan sabar. Buat apa yang Allah suruh , tak yah buat apa yang Allah tak suka.

" Sehebat Mana Cinta, 
Tetapi Tanpa Jodoh KetentuanNya,
Tiada Daya Jua Untuk Bersama.

Dan Walau Kau Tak Punya Sesiapa,
Tatkala Sampai Masa 
Yang DitentukanNYA,
Dia Yang Kau Tunggu Dalam 
Doa Akan Tiba Jua.

Bukan Sebagai Kekasih Sementara,
Tetapi Kekasih Abadi Yang 
Memimpimmu Ke Syurga ^^. "


You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!