Aku Maafkan Kamu.

Mac 02, 2015


Assalammualaikum ^^ penduduk bumi.

Bila dapat tahu ada orang bukak aib kita rasa macam Allah susah nak gambarkan. Nak nak yang bukak tu adalah kawan kita. Orang kata bagai talam dua muka, depan baik belakang Allahurabbi. Pot pet pot pet jaja sana sini cerita, padahal kawan dia tu.

Sometimes rasa malangnya kawan dengan kau. Tapi apa boleh buat, kekurangan kita jangan tunjuk pada sesiapa, malah pada kawan baik juga. Takut nanti bila salah faham sikit, dijajanya cerita luar dalam kita. Jujur, berkali aku kena begini, aku lebih berhati hati memilih kawan dan lebih berhati hati dengan apa yang dituturkan. Takut juga bila terbuka aib orang.

Tapi tak apa lah, manusia tak ada yang sempurna. Masing masing ada kekurangan ada kesilapan. Buat dia, aku maafkan kamu tak perlu kita bertemu cukup kau tahu, ha gitu~~~

Ingat,

Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan terindah. Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.

Dan ingat juga,

Bersabda Rasullullah,

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (HR. Bukhari & Muslim) .


You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!