Tips Study Last Minute.

Februari 24, 2015

Assalammualaikum penduduk bumi ^^.

Second day exam hari ni. Alhamdulillah, paper Fluid Mechanics aku jawab dengan jayanya. Ni kejap lagi paper, Structural Analysis. Okay get ready.


Sebenarnya, aku bukan jenis yang suka study last minute. Esok exam, hari ni baru study. Aku bukan jenis yang begitu. Ikut pengalaman aku, confirm masa exam, aku terngango, tengok kiri kanan sebab tak tahu nak jawab ape. Apa yang aku belajar hilang macam tu. So better study one week or two week before exam, okay!

Here the tips for you that's always study last minute. Hehehee. Tapi ingat jangan amalkan selalu. Nanti korang jugak yang susah.

1) Switch Off Your Phone.
Ini yang paling penting! Take note. Kalau dah sibuk dengan telefon, memang takkan belajar, termasuk aku. Kalau tak nak off, log out semua media sosial macam FB, Twitter, Instagram, Wechat. Dah jauhkan telefon buat seketika. Jangan hiraukan dulu, focus pada study.

2) Satu Jam Sebelum Peperiksaan.
Pastikan sebelum exam, curi masa selama satu jam. Nak lebih pon boleh. Tiada masalah ini atas diri korang sendiri. Nak berjaya usaha kan.  In Shaa Allah, masa ini akan cukup untuk korang review apa yang korang study. Dont worry okay.

3) Jangan Buat Note!
Ha yang ni. Please jangan buat note masa study last minute, ni yang akan buat korang lagi stress. Ini bukan caranya, just list down the important point.

4) All Is Well.
Setkan dalam minda, semuanya baik baik saja bak kata omputih " all is well " . Ini tidak akan buat korang rasa gelabah dalam peperiksaan. Jangan gelabah tau!

5) Tumpukan Pada Subjek Yang Susah.
Kalau korang dah faham subjek yang senang jadi jangan ambil masa yang lama untuk memahaminya. Nanti akan buang masa. Tumpukan pada subjek yang korang rasa susah. Macam aku subjek paling susah buat masa ni Reinforced Conrete Technology dan Reinforced Conrete Design. Itu subjek paling susah. Rasa nak jer drop the subject.

6) Beri Penekanan Kepada Apa Yang Lecturer. Tekankan.
Ni yang paling berkesan sebab 50% soalan exam keluar dari apa yang lecturer tekankan. Tapi jangan terlalu focus sampaikan tak baca semua. Baca lah sikit sikit maklumat maklumat yang lain.

7) Doa.
As a Muslim, perbanyakkanlah doa. Minta kepada Allah supaya apa yang kita belajar tu permudahkan. Ini paling penting tau!

 



Selamat Mencuba ^^

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!