Tips Mengurangkan Sakit Tekak.

Februari 25, 2015

Assalammualaikum dan selamat pagi ^^



Lepas mandi semalam, terus rasa sakit tekak. Sangat sangat perit. Minggu lepas, sakit ulser dekat tepi lidah. Sampaikan tak boleh nak makan, mengunyah pon sakit. Ini mungkin disebabkan jerebu. Semalam duduk duduk dekat depan air pancut KLCC, terasa mata pedih sampai nak mengeluarkan airmata. Tak tahan panas padahal matahari tak ada pon. Bahang jer terasa. Lagi memeritkan, jalan kaki 10 minit pon dah berpeluh peluh. Cuaca agak teruk sekarang ni.

Sebelum tido aku dah minum air masak tapi masih lagi sakit tekak. Bangun pagi ni pon terasa lagi sakitnya. Ini tips mungkin dapat mengurangkan sakit tekak, In Shaa Allah.

1) Banyakkan Minum Air Masak - minum air dengan banyak mampu mengelakkan tekak kering dan sakit. Air boleh buang toksin dalam badan. Air sangat penting dalam tubuh badan.

2) Kumur dengan air garam - sakit tekak akan menyebabkan demam teruk.  Kumur dengan air garam mampu mengurangkan sakit tekak. Larutkan 1- 2sudu garam ke dalam air dan kumur 6-7 kali.

3) Minum Air Asam Jawa - ambil sedikit asam Jawa dan larutkan ke dalam air, tapis sebelum minum. Asam jawa mampu menyejukkan tekak korang.

4) Kurang Minum Ais - ais akan menambahkan lagi kesakitan bukan mengurangkan. Jadi jangan minum ais.

Aku dah cuba dengan air garam, alhamdulillah terasa kurang sikit. Jadi selamat mencuba ^\

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!