Tips Mencuci Wajah.

Februari 12, 2015

Assalammualaikum.

Setiap hari muka korang akan terdedah pada kekotoran, macam habuk. Ingat senang ke cuci muka, bukan mudah semudah gosok gigi tau. Cuci muka tak cukup dengan mencuci muka dengan menggunakan air paip. Takkan air kopi pulak kan.

5 cara terbaik untuk pencucian wajah yang sempurna. Cantik persis sang putewi gitu~~~

1) BASUH TANGAN 

sebelum mencuci muka, basuh tangan korang terlebih dahulu kerana tangan yang bersih dapat membantu memudahkan proses penanggalan kekotoran pada muka.

2) BACA DOA

Sebagai umat Islam, kita digalakkan membaca doa dalam setiap perbuatan. Ambil air bersih dan berselawat tiga kali sebelum menyapu pada seluruh muka.

3) TANGGAL SOLEKAN

Gunakan tisu lembap tanpa alkohol Dan sapu ke seluruh wajah. Tekan sedikit agat kekotoran tanggal dengan mudah. Fokus pada tempat tempat penting seperti bawah mata, kelopak mata, bibir dan tepi hidung.

4) MINYAK PEMBERSIH

Artis korea antara gadis yang gemar gunakan minyak pembersih sebelum mencuci muka. Korang boleh gunakan minyak zaitun yang ada Kat pasaran. Ratakan minyak pada tapak tangan dan sapu ke seluruh wajah selama 4 minit. Kalau rajin, lakukan urutan ringkas untuk melancarkan perjalanan darah.

5) BASUH MUKA

Selesai semua cara cara diatas, ha boleh korang membasuh muka dengan menggunakan air suam terlebih dahulu. Lepas tu, cuci muka dengan air sejuk untuk menutup pori pori.


Jeng jeng jeng, barulah bersih muka tu. 
Tantekk takkn iteww?? 
Mulus tulus bulus gitu~~~
Nak cantik? Amalkan tips ni

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!