Review : Maybelline BB Stick.

Februari 25, 2015

Assalammualaikum. ^^

Hari ni berbesar hati buat review, tak silap yang pertama kali. Aku memang suka makeup, dulu hanya pakai bedak tepek tepek kat muka. Disebabkan menjangkau usia 20-an, penjagaan dan kecantikan wajah perlu dipandang serious. Sangat~~~~ kah kah kah.

Maybelline BB Stick ni product pertama yang aku guna, murah dan sesuai dibawa kemana sahaja. Aku google sikit maklumat sebelum review. Almaklum aku ni masih orang baru dalan dunia blogging. Masih mentah lagi ^^


Maybelline Clear Smooth BB Stick (dari keterangan produk) adalah produk yang menggabungkan manfaat daripada penjagaan kulit, makeup, sun block dalam satu kemasan stik. Produk ini mengandungi salicylic acid dan mineral clay. Ia sesuai untuk jenis kulit berminyak, sensitif dan acne prone. Bagusss kan?

8 manfaat dalam 1BB Stick
~ shine free. Formula mineral clay membuatkab wajah bebas minyak seharian.
~ Last all day. Tahan peluh dan sebum selama 12 jam.
~ Clears. Menyamarkan noda hitam.
~ Refines. Menyamarkan pori pori wajah.
~ Conceals. Menutupi ketidaksempurnaan kulit.
~ Evens. Meratakan warna kulit.
~ Smoothens. Membuat kulit wahah halus dan lembut.
~ Protects. SPF 21 PA +++ melindungi kulit daripada pancaran UVA dan UVB.


Cantikkan product ni. Simple, kecik dan mudah dibawa. Macam lipstick kan. Jangan risau product ni takkan menambah beban dalam handbeg korang. Biasanya product ni dijual di kedai kedai kecantikan macam Watsons, Gardiane. The Face Shops not surelah ada ke tak. Hari tu aku beli RM19.80, promosi member card. Harga asal dalam RM23 something. Trylah usha usha.


Aku guna yang 02 natural. Ingat nak beli yang gelap tapi rasa tak sesuai. Cara pemakaiannya product sangat senang, ha tengok macam aku buat tu. Gariskan ke muka korang lepas tu sapukan kasi sekata, jangan tak sekata pulak. Boleh gune pakai gari atau berus. Nak sekata kan, ha gunalah berus. Sapu sapu jer. Kang tak cantik. Kah kah kah.

Overall, aku suka product ni. Murah dan membuatkab wajah aku nampak segar gitu~~~ chantek bukan? Kah kah kah selamat mencuba ^^



You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!