Kehilangan Bukan Melemahkan.

by - Februari 23, 2015

Assalammualaikum and hello :)




First paper of midterm exam today. Hahahahahaa.

Sebelum ni aku pernah dipertemukan dengan seorang hamba Allah iaitu seorang Hawa. Dia seorang yang cantik. Aku dan dia rapat disebabkan aku selesa dengan gaya dan tingkah laku dia. Dia sempoi, tak memilih orangnya.

Setahun rapat dengan dia, satu perubahan mula berubah dalam diri aku. Dulunya, aku seorang yang tak mementingkan penampilan diri. Aku jenis pakai apa yang selesa. Dulu ya memang tak reti bergaya. Zero. Alhamdulillah, rapat dengan dia, sikit sikit aku belajar tu semua. Bukan itu sahaja, banyak lagi yang dia ajar, tak mampu nak cerita.

Banyak perubahan yang drastik dalam diri aku, malas untuk aku huraikan. Kah kah kah. Betul lah kata orang, kawan baik pon tikam kita dari belakang. Macam aku. Tempoh setahun bukan satu jangka masa yang senang untuk kenal hati budi. Ya bukan bukan.

Dijadikan cerita, dia mula berubah sikap bila hadirnya orang ketiga. Dia lebih percaya pada orang ketiga tu. Disebabkan salah faham, aku mula kehilangan dia. Sedih. Apa nak buat, bincang baik baik tapi masing masing ego. Akhirnya sehingga kini, tak mampu nak bertegur sapa. Yes, aku rasa kehilangan. Bohonglah kalau tak rasa.

Tapi lama kelamaan, aku cuba untuk positifkan diri. Mungkin Allah pertemukan aku dengan dia hanya untuk berubah. Walaupun sekejap tapi aku bersyukur.

Kehilangan tu bukan melemahkan malah menguatkan. Aku belajar sesuatu, bila kita hilanh seseorang, itu bukan mengajar kita erTim lemah atau kecewa. Tapi mengajar kita untuk kuat. Kuat untuk menghadapi kehilangan itu.

Dan aku redha kehilangan dia.

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!