Awak, Kawan Yang Paling Baik Pernah Saya Berkawan.

by - Februari 11, 2015

Assalammualaikum。

Salam sadis untuk kau. Semalam saja terjah terjah blogger yang meningkat naik. Entri yang menarik diorang tulis, memang terbaik lah. Macam aku, sedang sedang saja. Tiada yang menarik perhatian pembaca. Aku cuba luahkan apa yang aku rasa dan alami. Yela. Hidup jangan dipandang ringan. Semalam juga, aku dapat sikit hikmah dari blogger famous, tak semua cerita peribadi kita ditulis atau dipaparkan disini, di blog.Tak semua k.

Jadi, disini aku cuba hadkan mana yang patut. Aku nak luahkan yang perlu sahaja. Heheheee. Berbalik pada tajuk entri, ini kali pertama aku jumpa kawan sebaik dia. Nama dia Sheril. Sheril Tumbelina. Badanya kecik, comel dan baik  sangat. Dia banyaklah ajar aku berubah jadi manusia yang baik.


Ya dia ajar aku jadi lagi baik dari yang sebelum ni. Dia kata, sabar bila orang kutuk, rasa tak puas hati dengan kita. Dia juga kata, abaikan apa yang tak penting, cuba pupuk rasa tidak melawan dalam hati atau diri. Jujur, aku bukannya mudah untuk dengar nasihat orang lain. Aku bukan macam tu. Nak tunduk bila ada yang kutuk. Jujur itu bukan aku. Tapi disebabkan dia ni, aku cuba belajar belajar belajar berubah.



Aku banyak pengalaman berkawan. Kawan pijak kawan. Kawan tikam kawan. Aku dah rasa pahit manis berkawan. Jatuh bangun tersungkur semua aku dah rasa. Sampai pada satu tahap, aku sendiri rasa kurang keyakinan untuk berkawan. Aku tak pernah lagi jumpa kawan macam dia ni. Bila classmate aku tak datang, dia siap bagi assignment apa kene buat, kenapa tak datang, I means dia yang bersungguh untuk bantu kawan.

Tapi kenapa, orang sebaik dia, mudahnya orang lain pijak dia, kutuk dia dan ada yang tak puas hati dengan dia. Salahkah dia baik? Aku cakap ni, sebab something happen to her. Kesian sangat. Nak aje aku bukak aib minah tu, tapi aku tak nak buat macam tu, lagi teruk aku dapat. Takpe, kita tutup aib orang, In Shaa Allah, Allah tutup aib kita. Ingat! Jangan niat macam aku ni.



 Sheril Aniezan Saini, awak kawan yang paling baik yang pernah saya berkawan. Terima kasih. Xie Xie Ni. Ni saya puji awak, awak jangan kembang kembang tau. Dont do that.

You May Also Like

2 0000 orang comment sini

  1. Peewittt..

    Teringat lagu saujana..

    Selama ini ku mencari2 ...
    Teman yf sejati..buat menemani perjuangan suciii

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!