Aku Anak Nelayan.

by - Februari 10, 2015


Assalammualaikum.

Jujur, aku katakan, aku anak nelayan. Aku dibesarkan dengan duit titik peluh seorang nelayan iaitu Abah aku. Abah aku tak seperti ayah, papa korang. Kerja di pejabat, berkerjaya. Boleh dikatakan cukup untuk tampung hidup korang. Makan cukup, pakaian cukup malah kemahuan dan kehendak korang, ayah korang masih mampu untuk dapatkan apa yang korang nak. 

Abah aku, manusia yang cukup sederhana. Dia tak nak anak dia dibesarkan dengan kemewahan. Dia mahu, semua anak dia belajar cara dapatkan kemahuan atau kehendak dengan sendirinya. Tapi aku bangga, abah aku nelayan. Penangkap kehidupan laut yang boleh dikatakan cukup berpengalaman. Sampai aku sendiri pon , teringin nak timba pengalaman tu. 

Kau tahu, nelayan tak mewah. Ada ikan, ada lah duit. Bila musim tengkujuh, nelayan bercuti, 2 3 bulan cuti. Risau bila cari rezeki di musim tu, takut maut yang ditimpa. Yang paling best, korang takkan rasa makan ikan yang fresh dari laut. Mana yang duduk bandar, to get the fresh fish is not easy. Bilalah dekat gaint ke tesco ke, korang tak rasa ikan yang betul betul fresh dari laut. 

Alhamdulillah, apa pun pekerjaan abah aku, aku bersyukur. Aku tak pernah malu. Terima kasih Abah. 



You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!