A Day With My Best Friend.

Februari 08, 2015

Assalammualaikum.

Maaf lah terhilang pulak dari blogging. Seminggu tak ada entri yang menarik, rasa bersawang pulak. As a student, memang banyak assignment. Ni pon ada yang tak siap lagi. Aku curi sedikit masa untuk taip entri ni. Alhamdulillah berjaya publish dan korang tengah membaca kan. Xie Xie Ni ( terima kasih awak )

Berbalik pada tajuk entri, Alhamdulillah, akhirnya dapat juga jumpa kawan baik aku sorang ni. Dekat 9 years aku berkawan baik dengan dia ni, lama gilerr. Lama jugak tak jumpa, aku tak ingat kali terakhir jumpa dia ni bila. Lupa, lost contact pon ada. Masing masing cari semula contact, dia ni kerja nak tukar no, nasiblah aku ni tak tukar nombor.

Disebabkan masing masing ada masa, kitorang decide nak lepak lepak semalam kat KLCC. Aku ajak dia pegi CAREER CARNIVAL, masih ada lagi hari ni. Ha pegilah meriahkan. Dah pusing pusing dalam carnival tu, kitorang tengok wayang kat TGV Cinema KLCC. Tak silap cerita Jupiter Ascending. Not bad this story.

*dekat dengan pasar seni *

So disebabkan banyak masa lagi, kitorang habiskan waktu petang dengan jalan jalan sekitar Pasar Seni. Singgah Masjid Jamek kejap then terus lepak kat Dataran Merdeka. 

Biasalah kitorang berdua ni, gossip gossip sikit. Lama tak jumpa kan, memang macam ni. Satu hari tak cukup nak bersembang. Pot pet pot pet cerita itu cerita ni, nasiblah dia ni belajar kat UTeM Melaka, dekat nak datang KL. 




* poyo sangat *


* HAHAHAHAHAA *

Terima kasih sebab lepak lepak semalam. Layan perangai kawan kau sorang. Alhamdulillah aku bersyukur, jauh mana kita pergi, kita tetap berhubung. Kan. In Shaa Allah, semoga persahabatan ni kekal ke Jannah, Amin. 


* DATARAN MERDEKA *


* sun set *




You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!