Tips Menggayakan Gincu Gelap.

by - Januari 30, 2015



Assalammualaikum.

Bersua lagi kita ya. Entri petang ini, aku nak kongsikan sedikit tips untuk wanita wanita yang suka pakai gincu. Suka pakai tapi takut untuk mencuba yang lain. Maksudnya disini, korang dah biasa pakai gincu berwarna lembutkan, jadi tak salah untuk cuba gincu berwarna gelap. Aku sendiri pun cuba untuk nampakkan kelainan.

Gincu gelap boleh membuatkan seolah-olah korang cuba kelihatan seperti Rihanna. mungkin korang cuma tidak tahu tentang warna yang sesuai untuk korang, atau korang sengaja memilih gincu gelap untuk nampak semula jadi. Apa pun alasan korang, berikut adalah panduan untuk korang menggayakan gincu warna gelap.

Sebelum itu, korang wajib kenal pasti warna gincu yang terbaik untuk korang. Terdapat empat warna 'undertones' iaitu merah jambu, coklat, biru dan merah. Korang perlu kenal pasti yang mana satu sesuai untuk korang, okay!

1) Lakukan cubaan pertama

Selepas korang menentukan warna 'undertones' yang mana yang terbaik untuk korang, lakukan cubaan pertama. Korang tidak perlu membelinya terus, tetapi pergi ke kedai kosmetik dan ambil 'tester' gincu dan calitkan sedikit pada bibir korang dan lihat jika kulit korang nampak lebih cerah atau tidak. Jika wajah korang nampak letih, bermakna itu bukan warna yang sesuai dengan korang.

2) Calit gincu dengan berus bibir.

Cara terbaik memakai gincu gelap adalah dengan menggunakan berus bibir. Gincu jenis ini senang comot. Sapukan ia keseluruh bibir termasuk di hujung bibir.

3) Lip liner.

Sebaik sahaja korang selesai mencalit gincu, 'apply' pula 'lip liner' yang sama warna dengan gincu. Lukiskan bibir korang mengikut alur bibir.

4) Elakkan pengilat bibir (lip gloss).

Warna gelap telah membuatkan bibir korang menonjol, jadi elakkan memakai pengilat bibir. Korang tidak perlu menampakkan bibir korang berkilat. Ia akan kelihatan agak keterlaluan.

5) Pakai gincu gelap dengan penuh keyakinan.

Ha, ini yang paling penting, jika korang ingin menggayakan gincu gelap, pakailah dengan penuh keyakinan. Usah di layan rakan-rakan korang. yang memberi pandangan negatif pada warna gincu korang. Mereka mungkin sahaja tidak berani.


Korang buat korang dapat.  Selamat mencuba!

*cantik idok? *

You May Also Like

1 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!