Semester 6.

by - Januari 11, 2015

Assalammualaikum.

Final break dah habis dah, 2 minggu bukannya lama pun. Aku habiskan cuti dekat rumah, tak merayap dan tak balik kampung. Hmmm rindu dekat kampung tu jangan cakaplah memang rindu rindu serindu rindunya. Apa nak buat, duit penghalang segalanya.

Jadi, besok mulanya sem 6, sem kedua terakhir. Kolej swasta memang extra sem, aku pun tak tahu sebab apa. Alhamdulillah, sepanjang belajar kat kolej ni, tak ada lagi lah masalah. Everything is going smoothly. Ptptn pon bagus, lecturernya sempoi dan katanya ada renovate kat kolej. Alhamdulillah.

Boleh dikatakan, subjek sem ni agak tough, sebab semuanya subjek teras civil  engineering. Ketaq lutut cheq tau. Madam ada kata, sem ni kena bagi commitment. Jangan ponteng kelas. Kalau ponteng, memang kena belajar dari awal. Aku rasa dah macam belajar akaun pulak.
Semangat punya pasal, aku dah siap kemas dah fail fail subjek. Tersusun rapi gitu. Dah besar, kena lah jadi orang yang kemas, rajin, ha tak gitu?

Aku harap sem ni aku dapat apa yang aku nak dan setimpal dengan apa yang aku usaha. Untuk diri aku, belajar rerajin jangan malas. Untuk classmate, please ubah sikap. Untuk lecturer, tolong berlaku adil.

" Nak berjaya, jangan dok ngango! "




You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!