Sabar Itu Indah.

by - Januari 22, 2015

Jika dilihat hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Disitulah noktah segala takbir.

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai keadaan
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.

Ujian itu penebus dosa
Meningkat darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak...
Penghias samudera.

Assalammualaikum,

Puisi yang terdapat dalam buku "Segalanya Tentang Hati". Aku simpulkan disini, sabar dari segi bahasa bermaksud menahan atau mengekang. Dari segi praktiknya, sabar bererti menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tak disukai.

Kalau kau mampu menahan diri waktu kau lakukan ketaatan, tinggalkan maksiat , In Shaa Allah, kau semakin indah akhlak. Sabar tu ada dihati. Kalau kau hati baik, wajah kau nampak cantik. So bersabarlah.

Yes, be patient! Do good, you will become good and feel good. Kau buat baik, kau akan jadi baik dan kau akan rasa ketenangan. Ingat, sabar itu indah.

Renung renungkanlah dan selamat beramal. 

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!