Malas Punya Pasal.

by - Januari 15, 2015

Assalammualaikum.

Semalam sangat penat, kelas penuh dari awal pagi sampai 2 petang. Balik kelas mata minta tidur tapi tak mampu buat sebab sanggup tak tidur petang angkara running man. Hehehee. Malam tadi lepas usha usha Instagram , terus terlelap. Penat gamaknya. Nak kata buat kerja berat tak ada pulak semalam. Mungkinlah sebab kelas jam 8, jadi perlu sampai kolej jam 7.45am.
Jarak kolej dengan rumah sangat jauh. Rumah dekat setiawangsa, kolej dekat petaling jaya. Ha tak jauh ke tu? Pikirlah sendiri yer.


Bangun tidur terus hangatkan lauk malam semalam. Alhamdulillah tak basi, sayang kalau dibuang. Membazir amalan syaiton. Hari ni panas terik, sukanya. Tengok lah awan pon ada sikit sikit jer. Tak silap malam tadi hujan kan? Ke aku yang mimpi? Sepatutnya hari ni ada kelas kokurikulum, tapi malas nak pegi. Satu jam dari jam 2-3 petang. Urghh malas nak pegi. Lagi pon tak ada kawan, nanti mesti ada junior. Malas. Malas. Malas. Penyakit malas ni kalau tak diubah takut parah jer. 

Okay lah dah sampai waktu tidur. Bye bye.

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!