Harga Passport Dah Jatuh.

by - Januari 17, 2015

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, harga passport dah turun sejak semalam. Berita baik untuk tahun 2015, BRIM aku nak mohon, tapi aku masih tak cukup kelayakan lagi. Harap nanti dapat baucer buku 1 Malaysia. Tangan pon dah gatal gatal , rasa macam tak lama lagi dapat. Itu pon kalau ada.

Bagi yang suka melancong, ini peluang baik untuk korang renew passport dan bagi yang baru merancang melancong, segerekanlah membuat permohonan. Peluang sekali. Mana tahu tahun depan naik harga lagi.


*aku pon ada*

Bayaran passport antarabangsa MALAYSIA bagi 5 tahun sudah dikurangkan sebanyak RM100. 
Passport tempoh 2 tahun sudah dimansuhkan. Nanti jangan gatal sangat nak buat 2 tahun punya. Ketuk kepala nanti. 

Ini senarai harga terkini bagi passport tempoh 5 tahun, untuk lebih faham lagi boleh layari laman web jabatan imigresen Malaysia.

1) Permohonan biasa (13-59 tahun) - RM200
2) Warga Emas (60 tahun ke atas) - RM100
3) Kanak kanak (Bawah 12 tahun) - RM100
4) Siswazah Luar Negara (bawah 21 tahun) - RM100
5) Warga OKU - Percuma

Tak lama lagi tamat tempoh passport aku. In shaa Allah ada rezeki renew. Boleh lah bercuti kat kampung, tak pon melancong. Terakhir melancong tu pon masa tahun 2013, ini bukan melancong, I means balik kampung. Al maklum kampung Abah kat Indonesia. Setahun sekali tak balik memang rugi. 




You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!