Aku Belajar Dari Kesilapan.

Januari 17, 2015

Assalammualaikum.

Selamat malam kepada yang sudah tidur. Selamat pagi kepada yang belum tidur, teruskan mengonline. Hehehee. Maharaja Lewak berakhir dengan Kumpulan SYJ kecundang di minggu ke 9. Aku rasa SYJ tersingkir sebab undian. Itu sahaja. Persembahan okay okay. Aku tengok pon tak gelak sangat. Paling kelakar group virus. Hmm, full stop untuk MLM.

Sebelum teruskan membebel, aku belanja satu gambar malam ni. Kasi kuat sikit entri hari ni.



Baiklah Tuan Puan sekalian, berbalik pada tajuk entri. " Diam Bukan Mengalah " Aku bercadang dan bertindak diam lepas ni di dalam kelas malah diluar kelas. Aku rasa tak semua orang akan suka aku dan tak semua akan terima kekurangan aku. Ya aku terasa dengan kawan aku sendiri! Disebabkan teguran aku, aku ditibai oleh kawan aku tu dan konco konconya. Salahkah aku untuk menegur? Salahkah aku untuk perbetulkan?

Disebabkan teguran aku, aku dihentam macam tu sekali. Dalam kelas, konco konco kawan aku tu perli dan ulang ulang balik teguran aku. Sentap dan terasa. Nak kata teguran aku menyakiti hati kawan aku, rasanya tak. Aku boleh beza teguran tu menyakiti ke tak. Jadi untuk perbetulkan silap aku, aku meminta maaf kepada kawan aku. Tapi, tiada respons. Kawan aku diam membisu. 

Aku dengan kawan aku tu satu kelas, satu course malah satu kolej. Aku tak nak nanti bermasam muka. Aku salah atau tidak, aku minta maaf, mungkin teguran aku menyakiti hati dia.

Jadi, diam lagi baik. Mengalah lagi lagi baik. Kesalahan yang kita dah buat, mungkin kita tak sedar, cuba tanya dimana silapnya. Besar atau tidak, selesaikan dengan cara yang baik. Kita kadang tak tahu apa yang kita buat tu betul atau tak. Bertafakurlah. Kurangkan mana yang sepatutnya dikurangkan dan tambahkan mana yang perlu.

Lagi satu, salah atau tidak apa yang kita buat. Belajar meminta maaf dan memaafkan. Tak susah jadi orang baik. Kita buat kita dapat.

You Might Also Like

1 ulasan

  1. nice tulisan here. belajar meminta maaf dan memaafkan.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!