Zaman Itu....

by - Oktober 19, 2014

Assalammualaikum.

Fuhhhh... petang yang nyaman. Mendung, maghrib tak lama lagi menjengah. Angin pula meniup bak sepoi bahasa. Nyaman sekali. Cehhwahh..

Aku nak cerita zaman kecik kecik aku dulu, sepuluh tahun yang lepas. Aku ingat ingat lupa. Dah sepuluh tahun berlalu kan. Ada yang ingat, ada yang dah lupa.

Zaman tu lah zaman yang paling best. Zaman yang tak perlu nak pikir tentang masa depan. Tapi itulah, zaman tu dah berlalu. Tinggalkan kenangan jer.

Apa yang aku ingat, kawan aku masa kecik dulu tak ramai. Aku lebih suka main dengan adik aku. Dia muda dua tahun dari aku. Ingat lagi, main pondok pondok kat depan rumah, habis beras mak, aku buat eksperimen. Daun daun dijadikan sayur. Siap ade periuk, kuali, tin tin buruk pun ada. Lucu.

Bila tak dapat main pondok pondok, panjat pokok pun jadilah. Pokok ceri memang jadi mangsa lah. Sampai patah dahan aku kerjakan. Paling tinggi aku panjat, tak silap pokok ketapang. Tinggi aku panjat. Mak jolok dengan buluh pon, tak kan sampai punya lah.

Basikal dengan aku memang tak boleh dipisahkan. Hahaha. Boleh dikatakan aku budak yang lasak. Budak yang ngarok, tak dengar kata. Hahaha.

Macam macam boleh buat masa dulu tu. But now, aku dah besar. Yang lepas jadikan kenangan. Arghhh rindu kot.

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!