Terima Kasih Abah.

by - Oktober 17, 2014

Assalammualaikum.
Hari raya haji hari tu, Abah suruh balik kampung. Tapi aku betul betul malas sebab 5 hari jer cuti. Bukannya lama mana pun. Kebetulan, along pergi kursus naik pangkat kat perak dan akak ipar aku pulak nak beraya kat kelantan. Pikir punya pikir, balik je lah. Ni lah masa nak bersama dengan mak, abah, adik adik. Nanti dah bekerja tak ada peluang pulak nak bersama.
Nak jadikan cerita, satu hari tu. Aku nak ronda ronda kampung dengan adik aku. Tapi kena tunggulah turn bawak moto. Haissh.. biasalah aku ada abang yang suka berjalan kesana ke sini. Padahal pusing pusing tempat yang sama jugak.
Tunggu punya tunggu, jam dah tunjuk pukul  6.30. Dah nak maghrib. Tak kan nak brjalan jugak. Padahal aku dah siap siap. Dah bertudung, dah mandi bagai. Last last tak jadi lah pulak.
Abah perhatikan aje. Geleng geleng kepala abah ni. Aku geram, duduk tepi jalan, menghadap rumah. Tengok rumah mak abah aku. Haishh.. itulah hari yang paling aku bengang tahap nak cekik orang.
So, tengah lepak lepak, abah datang join sekali. Adik adik semua. Mak aku jer tak nak. Kotor duduk tepi jalan. Hahaha. Sweet doh sebab abah join. Hahaha...
Walaupun hari tu, hati aku sakit disebabkan abang aku yang sorang ni punya pasal. Tapi ada abah yang selalu ada untuk aku. Terima kasih abah.





You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!