Bercinta buang masa.

Oktober 17, 2014

Assalammualaikum.

Ehem ehem, sebut pasal status. Ada yang tak percaya yang aku masih bujang. Diorang pelik kenapa sampai sekarang, aku tak pernah cerita pasal kesayangan atau boyfriend. Nak nak yang si tanya tu pulak, kawan spm dulu.

Bila balik kampung, mesti kawan tanya. " Eh raja kau tak ada boyfriend ke? " hurghh, apa kebende punya soalan lah. Siap ada yang perli aku tak laku. Apelah diorang ni. Sepatutnya diorang ni mendoakan. Ni idok, diperlekehkan pulak.

Ada sebab kenapa sampai sekarang membujang. Umur aku masih muda, banyak lagi benda yang aku nak buat. Tak kanlah bila habis diploma terus kahwin. Kau rasa? Kau nak hidup berlaki? Umur kau baru setahun jagung, masih mentah.

Kau lain aku lain. Aku tak nak bila bercinta ni, semuanya terganggu. Studies kau, hati kau. Semuanya kene jaga. Aku jenis manusia yang tengok siapa aku yang dulu. Mak abah aku bukan orang senang. Nak itu nak ini, semua dapat. Tak. Kene cari kene usaha. Itu aku. Aku belajar hidup susah tu macam mana.

Kau tak rasa sayu ke? Bila kau brcinta, masa kau akan tertumpu pada dia. Mana masa kau untuk mak abah kau? Aku pikir, aku makin besar. Mak abah aku makin tua. Aku tak nak nanti kehilangan mereka buat aku rasa kesal. Sebab aku nak mak abah aku happy dulu. Rasa duit titik peluh aku kerja. Rasa bangga bila anak mereka dah berjaya.

Bila dah bercinta ni, semua aktiviti nak dilakukan bersama. Ke sana ke sini, semuanya nak teroka. Nanti bila dah kawin, kau tak rasa indah nya perkahwinan lepas nikah. Sebab kau dah rasa waktu kau bercinta.
Nk bercinta tu boleh tapi biarlah berpada. Tak perlu nak havoc. Sederhana. Lepas nikah nanti baru pikir everything what you want to do.

Jadi, aku lebih selesa dengan aku sekarang. Makan tido tengok tv. Makan tido tengok tv. Selesa nyaman aman. Duit poket pon tak terbazir. Masa aku banyak habiskan kat rumah. Hati tak sakit. Kan kan kan.

Stop lah sibuk mencari pasangan. Ye jodoh kena cari tapi tak semestinya full time cari. Cukup masa carilah puas puas. Jodoh kita tak lari dari kita k.

Dah lah. Malas nak cerita pasal jodoh ke kesayangan ke. Bazir waktu kau jer. Nah, aku belanja gambar sejibik. Sayang kau yang tengah baca ni.

You Might Also Like

0 ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!