Aku Alah.

by - Oktober 18, 2014

Assalammualaikum wbt.

Deepavali nak dekat dah, korang dah buat preparation ke? Hahaha. Aku bila cuti ni , memang makan dan tidur lah jawabnya. Nak balik kampung, memang malas tahap cipan. Macamlah johor tu jauh sangat. 5 jam dah sampai dah. Entah aku memang malas nak balik, bak kata Along, balik bila perlu sahaja.

Aku dah melalut jauh dari topik asal pulak kan. Sebenarnya, aku boleh dikatakan spesies alah. Alah pada barang barang kemas, jam tangan. Aku memang tak boleh pakai barang barang tu semua, nanti mula lah naik gatal gatal kat tangan, kat leher ke, kat telinga ke.

Mak kata, aku ni memang orang yang tak berharta. Beli barang barang kemas tapi simpan dalam box jer. Tak pernah nak pakai. Anting anting ada lah beli dua pasang. Tapi satu pun aku tak pakai. Pakai sehari dah naik alah. Allah. Kesian. Kan kan?

Nak pakai jam tangan pun tak boleh. Beli jer tapi tak pakai. Sayang kan. Simpan buat hiasan jer lah.

Satu ayat aku nak bagi tahu.

Hmmm.

Okay bye.

You May Also Like

0 0000 orang comment sini

Sila tinggalkan comment korang disini!